Soon Huat-Shevon Lai stake claim as numero uno pair in the country
January 17, 2019Lee Zii Jia Tidak Sabar Menentang Idola
January 17, 2019Kemenangan 3-2 Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) ke atas PDRM-Blue Warrios pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini menyaksikan TLHT terus kekal berada di tangga teratas TNB Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2019 dengan mengumpul bersih sembilan mata daripada tiga perlawanan selain kemenangan besar pada aksi sebelum ini turut membantu mereka untuk kekal berada di tangga teratas.Mengekori rapat TLHT dalam kedudukan liga ialah Liaoning Infinite Space Hc (LISHC) yang berada di tangga kedua juga dengan kutipan sembilan mata selepas berjaya menewaskan lawan mereka hari ini Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) 3-0 namun perbezaan jaringan meletakkan LISHC dikedudukan kedua sementara PKS Uniten berada di kedudukan ketiga turut mengumpul keseluruhan sembilan mata.
Pertemuan TLHT dengan PDRM-Blue Warriors menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya untuk membuka tirai jaringan seawal minit kedua selepas pemain import mereka, Domashneva Vera menggunakan sepenuhnya kelebihan yang dimiliki ketika gerakan padang bagi meledak gol awal.
Namun gol pembukaan TLHT itu tidak mematahkan semangan PDRM-Blue Warriors untuk mengejar jaringan dan pada minit ke-36, kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki berjaya untuk disempurnakan oleh Norazlin Sumantri untuk kedudukan kembali terikat 1-1.
PDRM-Blue Warriors terus berada di hadapan pada minit ke-41 selepas sekali lagi menggunakan kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki kali ini hasil sentuhan Norbaini Hashim untuk kedudukan berubah 2-1.
Bagaimanapun TLHT dilihat bangkit dengan dua gol menerusi gerakan padang dan pukulan sudut penalti pada minit ke-50 dan 54 masing-masing hasil jaringan Nur Syuhada Suhaimi dan Siti Rahmah Othman yang sekaligus menyaksikan TLHT menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-2.
Sementara itu pertemuan antara PKS-Uniten dan KL Wipers di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menyaksikan keadaan cuaca yang buruk selepas rehat separuh masa pertama berakhir memaksa perlawanan untuk ditamatkan lebih awal dengan gol menerusi pukulan sudut penalti yang dijaringkan oleh Hanis Nadiah Onn pada minit ke-13 menghadiahkan tiga mata kepada PKS Uniten dalam aksi keempat mereka.
Satu lagi pertemuan yang turut berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di antara LISHC dan SSTMI berkesudahan dengan kemenangan 3-0 berpihak kepada LISHC hasil dua gol padang dan satu pukulan sudut penalti yang disumbangkan oleh Liu Xinyu, Wei Yuanmeng dan Sui Qiaomeng masing-masing pada minit ke-22, 26 dan 42.
Aksi liga akan terus bersambung pada hari sabtu jam 5.00 petang di mana PDRM-Blue Warrios akan bertemu PSHA-MSSPP di Stadium Tun Razak, SSTMI akan menentang KL Wipers di Padang Hoki SSTMI dan TLHT akan berdepan LISHC di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.