TNB MHL 2019: Terengganu Ladies Terus Ungguli Kedudukan Teratas Liga
January 17, 2019Zii Jia ready to be Malaysia’s no 1
January 17, 2019KUALA LUMPUR (17 Januari 2019): Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlang dalam pusingan kedua Perodua Malaysia Masters (PMM) 2019 apabila menang ke atas pemain Jepun, Kenta Nishimoto di Axiata Arena sebentar tadi.Zii Jia menang straight set 21-15 21-17 dan menantinya di suku akhir esok adalah juara bertahan kejohanan dari Denmark yang juga pemain ranking ke-6 dunia, Viktor Axelsen.
Bercakap mengenai aksinya sebentar tadi, Zii Jia berkata “Memang ada keyakinan apabila dapat tahu akan bertemu Kenta (Nishimoto). Sebelum ini kami pernah bertemu di Sukan Asia tapi saya kalah ketika itu. Dari situ, saya sudah tahu gaya permainannya.” kata Zii Jia.
“Sebenarnya Viktor (Axelsen) adalah idola saya. Saya pun harap dapat peluang untuk bermain dengannya kerana kami tidak pernah berjumpa. Walaupun dia baru kembali dari kecederaan, tapi selaku pemain profesional, dia pasti ada cara untuk kembali ke prestasi sebenar,”tambah Zii Jia.
“Diri saya pula, selepas kembali dari kecederaan prestasi saya agak baik juga. Harap terus dapat kekalkan prestasi ini dan terus yakin, kalau boleh hingga ke bulan April untuk proses kelayakan ke Sukan Olimpik,”ujar pemain muda negara itu.
Seorang lagi pemain persorangan wanita negara, Goh Jin Wei juga gah ke suku akhir PMM 2019 selepas dia mempamerkan permainan yakin menundukkan pemain China, Zhang Yiman 21-13 21-10.
Menanti Jin Wei esok adalah seorang lagi pemain dari China yang juga pilihan kelima kejohanan, He Bingjiao.
Mengulas mengenai aksinya esok, Jin Wei berkata, “Saya akan bersedia sebaiknya untuk bertemu He Bingjiao. Dia bermain dengan bagus di gelanggang yang agak berangin. Sebelum ini saya pernah menang satu kali semasa bertemunya di Piala Uber 2018,”katanya.
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik turut menunjukkan aksi memukau untuk layak ke suku akhir apabila mereka menunjukkan jalan keluar kepada gandingan Indonesia yang juga merupakan juara bertahan PMM, Fajar Alfian- Muhammad Rian Ardianto 26-24 21-15.
Sebelum itu, beregu campuran negara juga mempamerkan aksi memberangsangkan. Goh Soon Huat- Shevon Jemie Lai menumpaskan pasangan dari Jepun, Takuro Hoki- Wakana Nagahara 21-13 21-19. Pasangan profesional negara, Chan Peng Soon- Goh Liu Ying pula mara setelah menumpaskan pemain China, Lu Kai- Chen Lu 17-21 21-17 21-15.
Soon Huat-Shevon Lai akan bertemu rakan senegara, Peng Soon- Liu Ying dalam suku akhir PMM 2019.
Pemain lain yang turut menempatkan diri dalam suku akhir PMM 2019 adalah Ong Yew Sin- Teo Ee Yi, Goh V Shem- Tan Wee Kiong serta Liew Daren.
Saingan PMM 2019 sedang berlangsung bermula dari 15 hingga 20 Januari 2019. Tiket boleh didapati menerusi pembelian atas talian di laman sesawang https://myticket.asia/ serta boleh membelinya secara fizikal semasa hari perlawanan di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).
Harga tiket adalah bermula dari RM18 hingga RM75 mengikut kategori tempat duduk (upper, lower dan premium). Kanak-kanak berusia 4-18 tahun pula boleh menikmati diskaun harga tiket sehingga 50% hingga ke suku akhir kejohanan (Premium dan Lower Tier) dan diskaun hingga ke peringkat akhir (untuk tempat duduk Upper Tier). Terdapat juga pas VIP serta pas bermusim yang turut dibuka untuk pembelian.
Berstatus Jelajah Dunia BWF Super 500, Perodua Malaysia Masters 2019 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak US$350,000.
Keputusan Pusingan Kedua PMM 2019 (Malaysia sahaja)
GOH Soon Huat- LAI Shevon Jemie mng Takuro HOKI- Wakana NAGAHARA (Jepun) 21-13 21-19
CHAN Peng Soon- GOH Liu Ying mng LU Kai- CHEN Lu (China) 17-21 21-17 21-15
Yulfira BARKAH- Jauza Fadhila SUGIARTO (Indonesia) mng Vivian HOO- YAP Cheng Wen 21-9 21-18
LIEW Daren mng Victor SVENDSEN (Denmark) 21-18 21-7
Kim ASTRUP- Anders Skaarup RASMUSSEN (Denmark) mng CHOOI Kah Ming- LOW Juan Shen 21-13 21-14
Aaron CHIA- SOH Wooi Yik mng Fajar ALFIAN- Muhammad Rian ARDIANTO (Indonesia) 26-24 21-15
LEE Zii Jia mng Kenta NISHIMOTO (Jepun) 21-15 21-17
GOH Jin Wei mng ZHANG Yiman (China) 21-13 21-10
GOH V Shem- TAN Wee Kiong mng Mohammad AHSAN- Hendra SETIAWAN (Indonesia) 21-19 24-22
ONG Yew Sin- TEO Ee Yi mng David DAUGAARD- Frederik SØGAARD (Denmark) 21-13 14-21 21-