
A Decade of Joy, A Promise Renewed
November 10, 2025
DASHING LANCAR BIASISWA BAKAT DASHING 2026 BAGI MENCUNGKIL BAKAT BOLA SEPAK MUDA DI SELURUH MALAYSIA
September 11, 2026Juara dunia dan pelari menara No. 1 dunia, Soh Wai Ching, menerima suntikan semangat yang signifikan menjelang jadual pertandingan padat di dalam dan luar negara selepas dilantik secara rasmi sebagai Duta Jenama Next Energy dalam majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung hari ini.
Pelantikan itu bukan sekadar kerjasama jenama, malah mencerminkan komitmen Next Energy dalam menyokong antara atlet paling berjaya negara ketika beliau terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Menerusi kerjasama ini, Soh Wai Ching akan menerima sokongan tahunan bernilai sehingga RM150,000 yang merangkumi perbelanjaan berkaitan pertandingan termasuk kos perjalanan, peralatan dan persiapan penting lain sepanjang musim.
“Saya amat berterima kasih kepada Next Energy kerana mempercayai perjalanan saya dan memberikan sokongan yang amat bermakna ini. Bertanding di peringkat tertinggi bukan sahaja memerlukan dedikasi dan disiplin, malah turut melibatkan komitmen kewangan yang besar. Sokongan ini memberikan saya ketenangan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada latihan dan pertandingan, dan saya berharap dapat terus mengharumkan nama Malaysia sambil menjadi inspirasi kepada lebih ramai atlet muda untuk mengejar impian mereka,” kata Soh Wai Ching.
Soh Wai Ching telah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pelari menara terbaik Malaysia dengan meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi pelbagai pencapaian cemerlang, termasuk muncul sebagai juara dunia dan menduduki ranking No. 1 dunia dalam sukan tersebut.
Sokongan daripada Next Energy dijangka memberi suntikan semangat dan bantuan kewangan yang amat diperlukan yang membolehkan beliau memberi fokus sepenuhnya terhadap latihan dan pertandingan sambil terus mengibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa.
Majlis menandatangani perjanjian itu kemudian diteruskan dengan sidang media yang menyaksikan Soh Wai Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; Steven Chiew, dan Ketua
Pegawai Eksekutif Next Energy; Lim Chze Hong berkongsi komitmen mereka dalam memperkukuh sokongan terhadap kecemerlangan sukan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Next Energy, Steven Chiew, percaya bahawa menyokong atlet seperti Soh Wai Ching merupakan satu pelaburan terhadap kecemerlangan sukan Malaysia dan berharap kerjasama ini akan menjadi inspirasi kepada organisasi lain untuk berdiri teguh di belakang bakat tempatan dalam usaha mereka mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.
“Soh Wai Ching melambangkan nilai keazaman, ketabahan dan kecemerlangan yang selari dengan aspirasi Next Energy. Kami berbangga dapat menyokong perjalanan beliau dengan membantu meringankan sebahagian daripada beban kewangan yang diperlukan untuk bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa. Kami berharap kerjasama ini membolehkan beliau terus melakar kejayaan buat Malaysia, di samping menggalakkan lebih banyak organisasi memainkan peranan aktif dalam menyokong atlet negara,” kata Steven Chiew.
Soh Wai Ching dijadual mengharungi kalendar pertandingan yang padat dalam beberapa bulan akan datang, bermula dengan Kuantan 188 Tower Run di Kuantan, Pahang pada 1 Ogos, sebelum berlepas ke China bagi menyertai International Vertical Marathon @ Guangzhou Yingkai Plaza pada 8 Ogos, diikuti penyertaan dalam Sedona Sky Run di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 9 Ogos.Beliau kemudian akan kembali ke tanah air untuk menyertai The Sky Race @ Merdeka 118 di Kuala Lumpur pada 22 Ogos, sebelum meneruskan cabaran dalam Oregon Tower Run di Menara Komtar, George Town, Pulau Pinang pada 6 September, serta KL Tower Run pada 20 September.
Kempen antarabangsa Soh Wai Ching akan diteruskan menerusi penyertaan dalam Metropolitan Sky Race di Barcelona, Sepanyol pada 3 Oktober, sebelum menutup musim dengan menyertai antara kejohanan paling berprestij dalam sukan itu, iaitu Empire State Building Run-Up edisi ke-48 di New York, Amerika Syarikat pada 6 Oktober
TENTANG NEXT ENERGY
Next Energy Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat tenaga boleh baharu Malaysia yang menjadi peneraju dalam mempercepat penggunaan tenaga bersih menerusi penyelesaian tenaga solar yang inovatif. Sebagai penyedia penyelesaian tenaga boleh baharu yang telah memenangi pelbagai anugerah, syarikat ini menawarkan perkhidmatan menyeluruh yang merangkumi kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pentauliahan, operasi serta penyelenggaraan kepada pelanggan kediaman, komersial dan perindustrian.
Dengan menggabungkan teknologi solar terkini bersama inovasi berasaskan kecerdasan buatan (AI), Next Energy meningkatkan kecekapan operasi, mempercepat pelaksanaan projek dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, di samping membantu perniagaan dan pemilik kediaman memaksimumkan penjimatan tenaga serta mengurangkan pelepasan karbon.
Selain kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan, syarikat ini turut giat memperkasa kesedaran dan pendidikan awam mengenai penggunaan tenaga boleh baharu menerusi kerjasama strategik, inisiatif komuniti dan program advokasi.
Berpandukan visi untuk menjadikan tenaga mampan lebih mudah diakses oleh semua, Next Energy terus menerajui usaha mempercepatkan peralihan tenaga Malaysia serta memperkasakan komuniti ke arah masa depan yang lebih hijau.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nextenergy.my





