
PELARI MENARA NO. 1 DUNIA, SOH WAI CHING TERIMA SUNTIKAN SEMANGAT BESAR MENJELANG JADUAL PERTANDINGAN YANG PADAT
July 22, 2026
108 PASUKAN BAKAL MERIAHKAN KARNIVAL RAGBI TERBESAR DI MALAYSIA
September 23, 2026Kuala Lumpur, 10th September 2026 – DASHING, jenama dandanan lelaki terkemuka Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kembalinya Biasiswa Bakat Dashing 2026,
sebuah inisiatif pembangunan bola sepak belia yang bertujuan mencungkil, memberi inspirasi dan menyokong generasi baharu bakat bola sepak Malaysia.
Berikutan kejayaan kempen tahun lalu yang membuka peluang kepada tiga pemain muda Malaysia untuk menjalani latihan eksklusif bersama Tottenham Hotspur di United Kingdom selepas melalui proses pemilihan dan Kem Identifikasi Bakat yang menyeluruh, Biasiswa Bakat Dashing 2026 kini diperluaskan ke Terengganu dan Melaka. Langkah ini membuktikan komitmen DASHING dalam memperluaskan akses kepada peluang pembangunan dan pemerkasaan bakat bola sepak melangkaui Lembah Klang, sekali gus memastikan lebih ramai anak muda Malaysia berpeluang mengejar impian mereka di peringkat lebih tinggi.
Tahun ini, pemain bola sepak muda Malaysia berusia 15 hingga 16 tahun sekali lagi dijemput untuk mempamerkan kebolehan mereka menerusi proses penghantaran video secara dalam talian. Peserta perlu memuat naik video bola sepak ke Instagram atau TikTok, menandakan akaun @biasiswabakatdashing, serta melengkapkan borang permohonan rasmi di laman web Biasiswa Bakat Dashing dengan menyertakan maklumat pemain dan pautan video.
Penyertaan dibuka dari 15 Ogos hingga 12 September 2026. Pemain yang disenarai pendek kemudiannya akan dijemput menghadiri salah satu daripada dua Kem Identifikasi Bakat serantau.
Butiran Kem Identifikasi Bakat
| Kem Identifikasi Bakat Terengganu | Kem Identifikasi Bakat Melaka | |
| Tarikh | Jumaat, 25 September 2026 | Ahad, 27 September 2026 |
| Masa | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari |
| Peserta | Sehingga 100 pemain disenarai pendek | Sehingga 100 pemain disenarai pendek |
| Kumpulan Umur | 15-16 tahun | 15-16 tahun |
Dikendalikan oleh Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur, Ose Aibangbee, bergandingan dengan 10 jurulatih tempatan Malaysia yang berpengalaman, para peserta akan menjalani siri penilaian teknikal, permainan dalam kumpulan kecil dan penilaian perlawanan yang disusun secara sistematik.
Penilaian pemain akan merangkumi aspek teknikal, kecerdasan permainan, mentaliti, kecergasan fizikal dan potensi keseluruhan sebagai atlet. Di samping mengenal pasti bakat bola sepak yang menyerlah, program ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada pemain muda berkembang dalam persekitaran berprestasi tinggi, mencabar keupayaan diri serta meraih pengalaman dan bimbingan berharga daripada jurulatih bertaraf profesional.
Kempen ini turut disokong oleh inisiatif Beli & Sumbang DASHING, yang menggalakkan rakyat Malaysia menyokong program ini melalui pembelian produk berkaitan kempen sambil menyumbang kepada pembangunan bakat bola sepak muda.
“Di DASHING, kami percaya bahawa setiap bakat muda berhak diberi peluang untuk menyerlah. Biasiswa Bakat Dashing merupakan komitmen kami untuk memperkasakan generasi muda Malaysia melalui nilai-nilai yang diterapkan dalam sukan bola sepak seperti disiplin, ketabahan dan semangat untuk berjaya. Dengan pengembangan program ke Terengganu dan Melaka tahun ini, kami berharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada bakat-bakat muda di seluruh negara serta membuktikan bahawa impian besar boleh bermula dari mana-mana sahaja.”
Rozaina Mahmod, Hal Ehwal Korporat & Kawal Selia, DASHING
Bagi Football Talent Asia, yang akan mengendalikan operasi bola sepak dan komponen Identifikasi Bakat dalam program ini, perluasan kempen ke luar Lembah Klang merupakan langkah penting untuk membuka akses yang lebih luas kepada peluang pembangunan buat pemain bola sepak muda di seluruh negara.
“Malaysia memiliki ramai bakat bola sepak yang berpotensi besar, namun tidak semua pemain mempunyai akses yang sama kepada pendedahan, program pencarian bakat dan peluang pembangunan yang berkualiti. Menerusi Biasiswa Bakat Dashing, kami menyediakan platform untuk pemain muda dari pelbagai negeri menonjolkan kebolehan mereka, dinilai secara menyeluruh dan mendapat dorongan untuk terus berkembang. Perluasan program ke Terengganu dan Melaka membolehkan kami menjangkau lebih ramai bakat di peringkat akar umbi serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk menyerlah.”
Jonathan Ezra Abishegam, Ketua Pegawai Eksekutif, Football Talent Asia
Dari Kem Identifikasi Bakat ke Peringkat Seterusnya
Ia merupakan impian yang menjadi kenyataan buat tiga pemenang tahun lalu apabila mereka berangkat ke United Kingdom pada Januari untuk menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan, berlatih bersama Tottenham Hotspur serta merasai sendiri suasana bola sepak profesional sebagai sebahagian daripada hadiah Biasiswa Bakat Dashing mereka.
Perkembangan tiga pemenang tahun lalu turut membuktikan potensi impak program ini. Selepas menyertai Biasiswa Bakat Dashing 2025, ketiga-tiga pemenang berjaya memperoleh kontrak pemain muda bersama kelab Liga Super Malaysia di pelbagai peringkat umur, sekali gus menandakan langkah penting seterusnya dalam perjalanan bola sepak masing-masing.
Bagi Dazzel Emil Haziq bin Mohamed Tazwid, seorang penyokong setia Tottenham Hotspur, perjalanan tersebut amat istimewa.
“Biasiswa Bakat Dashing memberi saya platform untuk menguji kemampuan diri menentang antara pemain muda terbaik di Malaysia. Kem ini sangat intensif, kompetitif dan profesional. Sebagai penyokong Tottenham sejak sekian lama, peluang untuk ke London dan berlatih di pusat latihan kelab adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan. Pengalaman itu juga menunjukkan tahap yang perlu saya capai dan memberi motivasi untuk terus memperbaiki permainan.”
Dazzel Emil Haziq bin Mohamed Tazwid, Pemenang 2025
“Program ini menunjukkan bahawa pemain muda Malaysia boleh mendapat peluang jika mereka berani tampil dan bersaing. Bermula daripada menghantar video, menyertai kem dan akhirnya ke UK, setiap peringkat mencabar saya dan meningkatkan keyakinan saya sebagai pemain. Saya memang menggalakkan pemain tahun ini untuk mengambil peluang ini dengan serius dan memberikan yang terbaik.”
Muhammad Iqqbal Haiekal bin Shahril Nizam, Pemenang 2025
“Menjadi sebahagian daripada Biasiswa Bakat Dashing merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kem ini menguji kami dari segi teknikal, fizikal dan mental, manakala perjalanan ke UK memberi kami peluang untuk meningkatkan kemahiran di sebuah kelab bola sepak bertaraf dunia. Lebih daripada itu, program ini mengajar saya bahawa peluang seperti ini boleh membuka mata kita terhadap apa yang mampu dicapai jika terus bekerja keras.”
Muhammad Dzakwan bin Zulkepli, Pemenang 2025
Melalui Biasiswa Bakat Dashing 2026, DASHING meneruskan komitmennya untuk memperkasa golongan muda Malaysia melalui keyakinan, disiplin, prestasi dan kepercayaan terhadap diri sendiri. Dengan menggabungkan pembangunan bola sepak akar umbi, penglibatan komuniti dan pendedahan antarabangsa, kempen ini bertujuan menyediakan platform bermakna kepada pemain bola sepak yang bercita-cita tinggi, sambil menggalakkan generasi seterusnya untuk mengejar impian mereka.
Pada akhir Kem Identifikasi Bakat tahun ini, dua pemain cemerlang akan dipilih untuk mengikuti pengalaman latihan bola sepak selama seminggu bersama Tottenham Hotspur di United Kingdom.
Maklumat lanjut mengenai proses pemilihan dan pengalaman di UK akan diumumkan menerusi saluran media sosial rasmi DASHING serta platform kempen Biasiswa Bakat Dashing.
Cara Memohon
- Rakam video bola sepak yang mempamerkan kemahiran, sorotan perlawanan atau kebolehan bola sepak anda.
- Muat naik video tersebut ke Instagram atau
- Tag @biasiswabakatdashing.
- Pastikan video dan akaun media sosial anda kekal terbuka kepada umum sepanjang tempoh
- Lengkapkan borang permohonan di laman web rasmi Biasiswa Bakat
- Masukkan pautan URL video yang telah dimuat naik ke dalam borang
Tempoh Penyertaan: 15 Ogos – 12 September 2026
Kelayakan: Pemain Malaysia berusia 15-16 tahun
Pemain Disenarai Pendek: Pemohon terpilih akan dijemput menghadiri Kem Identifikasi Bakat di Terengganu atau Melaka.
Mengenai Biasiswa Bakat Dashing
Biasiswa Bakat Dashing ialah inisiatif pembangunan bola sepak belia oleh DASHING yang diwujudkan untuk mencungkil dan menyokong pemain bola sepak muda Malaysia yang berpotensi. Melalui kerjasama dengan Tottenham Hotspur Football Club, program ini menghubungkan semangat bola sepak tempatan dengan kepakaran bola sepak antarabangsa, sekali gus memberi bakat muda Malaysia pendedahan secara langsung kepada metodologi kejurulatihan dan piawaian pembangunan bertaraf dunia. Dengan menggabungkan penghantaran bakat secara dalam talian, penilaian bola sepak profesional, Kem Identifikasi Bakat serantau, aktivasi komuniti dan pendedahan bola sepak antarabangsa, inisiatif ini bertujuan memberikan pemain muda lebih banyak pendedahan, peluang pembangunan yang bermakna serta keyakinan untuk mengejar cita-cita mereka dalam bola sepak.
Mengenai DASHING
DASHING melambangkan gaya hidup santai namun penuh keyakinan. Dikenali dengan rangkaian wangian tahan lama, DASHING membolehkan lelaki moden muda mengekspresikan diri dengan penuh keyakinan. Sebagai jenama minyak wangi dan deodoran lelaki terkemuka di Malaysia, DASHING terus memberi inspirasi menerusi rangkaian produk berkualiti yang diperkaya dengan wangian maskulin moden dan tahan lama.





