Kerinci Club Tebus Hampa
January 10, 2015Bukit Putra Gah, MPSJ Gagal Serlah Taring
January 18, 2015KUALA LUMPUR (11 JANUARI 2015): Petronas Batu Gajah (PBG) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ‘A’ mara ke perlawanan akhir pusingan play-off SepakTakraw League yang sedang rancak berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa selepas cemerlang menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir.
PBG yang dibarisi Meor Zulfikar, Shohibul Fadillah dan Anas Muhaimin tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang diperkuatkan pemain kebangsaan, Idham Sulaiman, Syazwan Dahlan dan Arif Busu dengan keputusan 21-15, 21-18.
Tidak seperti PBG yang menang mudah, ATM ‘A’ pula dipaksa bekerja keras untuk bangkit dari kekalahan set pertama sebelum merakamkan kemenangan dramatik ke atas Bentara Malaysia.
ATM ‘A’ yang mempertaruhkan kudrat pemain muda, Hairul Hazizi, Saiful Bajuri dan Che Azroi Che Aziz tewas 16-21 pada set pertama namun menampilkan aksi bertenaga untuk menang 21-14 pada set kedua, dan tiga kali bangkit daripada ketinggalan jauh pada set ketiga untuk menang 23-21.
“Pemain-pemain muda saya menampilkan semangat juang yang mengagumkan, tidak berputus asa walaupun satu ketika kita sudah ketinggalan jauh. Satu perlawanan yang menarik walaupun kita terpaksa mengerah kudrat sehabis mungkin untuk memastikan kemenangan ini,” ujar jurulatih ATM ‘A’, Aswadi Nordin.
Kejayaan mara ke perlawanan akhir, memberi ruang kepada kedua-dua PBG dan ATM ‘A’ untuk menebus kekalahan di pentas akhir pusingan awal sebelum ini – PBG tewas kepada Bukit Putra ‘C’ pada perlawanan akhir pusingan ketujuh (Zon Tengah) di Melaka manakala ATM ‘A’ pula dikecewakan Mazatech ‘A’ pada pusingan pembuka tirai di Kuala Terengganu (Zon Timur).
Bentara Mas dan MPSJ pula akan bertemu pada perlawanan penentuan tempat ketiga. Kesemua empat pasukan beserta empat lagi pasukan yang tewas di suku akhir –Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Hanelang ‘A’, Kerinchi Club ‘B’ dan GASTEP ‘B’ telah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan Grand Final.
Mereka akan menyertai lapan lagi pasukan yang telah layak secara automatik – Mazatech ‘A’, ATM ‘F’, InstaPutra, PDRM ‘D’, Bukit Putra, Jaguh Kampung Penang ‘A’, Bukit Putra ‘C’ dan RISDA untuk berentap menentukan kejuaraan Grand Final pada 17 dan 18 Januari depan.
Keputusan (Peringkat kalah mati):
SUKU AKHIR :
MPSJ mng Hanelang ‘A’ 2-0 (21-14, 21-12)
Petronas Batu Gajah mng PKNS 2-0 (21-14, 21-16)
Bentara-MAS mng Kerinchi Club ‘B’ 2-1 (21-18, 23-25, 22-20)
ATM ‘A’ mng Gastep ‘B’ 2-1 (16-21, 22-20, 22-20)
SEPARUH AKHIR :
Petronas Batu Gajah mng MPSJ 2-0 (21-15, 21-18)
ATM ‘A’ mng Bentara-MAS 2-1 (16-21, 21-14, 23-21)
TEMPAT KETIGA :
MPSJ lwn Bentara-MAS (Perlawanan bermula pada jam 8.30 malam ini)
AKHIR :
Petronas Batu Gajah lwn ATM ‘A’ (Perlawanan bermula pada jam 9.30 malam ini)
JADUAL:
GRAND FINAL – Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur; 17-18 Jan, 2015.
Dikeluarkan oleh Shekhinah PR bagi pihak Asia Sports Ventures.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Christopher Raj
chris@shekhinah.my
012 – 2161881