Kerinci Club Tebus Hampa
January 10, 2015Bukit Putra Gah, MPSJ Gagal Serlah Taring
January 18, 2015KUALA LUMPUR (11 JANUARI 2015): Pusingan play-off SepakTakraw League (STL) di Stadium Tertutup Titiwangsa menutup tirai dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ‘A’ muncul juara selepas menewaskan Petronas Batu Gajah (PBG) pada perlawanan akhir.
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula menduduki tempat ketiga dengan menewaskan Bentara Malaysia tatkala kesemua empat pasukan ini, beserta empat lagi pasukan yang kecundang di suku akhir – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Hanelang ‘A’, Kerinchi Club ‘B’ dan GASTEP ‘B’ mengesahkan kemaraan ke pusingan Grand Final.
Mereka akan menyertai lapan lagi pasukan yang telah layak secara automatik – Mazatech ‘A’, ATM ‘F’, InstaPutra, PDRM ‘D’, Bukit Putra, Jaguh Kampung Penang ‘A’, Bukit Putra ‘C’ dan RISDA untuk berentap menentukan kejuaraan di Grand Final pada 17 dan 18 Januari depan.
Pada perlawanan akhir, ATM ‘A’ dibarisi Hairul Hazizi, Saiful Bajuri dan Che Azroi Che Aziz mempamer aksi bertenaga untuk menundukkan trio muda PBG, Meor Zulfikar, Shohibul Fadillah dan Anas Muhaimin dengan keputusan 21-16, 21-12.
“Macam biasa, pada set pertama kita terpaksa mengejar dari belakang setelah ketinggalan jauh. Di peringkat awal permainan, pemain saya lambat panas dan kemudiannya berjaya memberi tekanan kepada mereka dan memaksa lawan melakukan kesilapan demi kesilapan. Kemenangan ini adalah pembakar semangat kepada kami untuk persiapan menghadapi Grand Final,” jelas jurulatih ATM ‘A’, Rashidi Nordin.
Perlawanan yang berlangsung di hadapan hampir 300 peminat sepak takraw tanah air itu turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, Dato’ Haji Ahmad Ismail.
Sementara itu, MPSJ yang diperkuatkan pemain kebangsaan, Idham Sulaiman, Syazwan Dahlan dan Arif Busu pula menewaskan Bentara Malaysia dalam pertarungan tiga set, dengan keputusan 21-18, 14-21, 21-15.
Keputusan (Peringkat kalah mati):
SUKU AKHIR :
MPSJ mng Hanelang ‘A’ 2-0 (21-14, 21-12)
Petronas Batu Gajah mng PKNS 2-0 (21-14, 21-16)
Bentara-MAS mng Kerinchi Club ‘B’ 2-1 (21-18, 23-25, 22-20)
ATM ‘A’ mng Gastep ‘B’ 2-1 (16-21, 22-20, 22-20)
SEPARUH AKHIR :
Petronas Batu Gajah mng MPSJ 2-0 (21-15, 21-18)
ATM ‘A’ mng Bentara-MAS 2-1 (16-21, 21-14, 23-21)
TEMPAT KETIGA :
MPSJ mng Bentara-MAS 2-1 (21-18, 14-21, 21-15)
AKHIR :
ATM ‘A’ mng Petronas Batu Gajah 2-0 (21-16, 21-12)
JADUAL:
GRAND FINAL – Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur; 17-18 Jan, 2015.
Dikeluarkan oleh Shekhinah PR bagi pihak Asia Sports Ventures.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Christopher Raj
chris@shekhinah.my
012 – 2161881