
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE MALAYSIA SELEPAS 16 TAHUN, MENENTANG ASEAN ALL-STARS
April 11, 2025
Manchester United vs ASEAN All-Stars | Public Ticket Sales Open 11:00AM, April 15
April 15, 2025
Selepas 16 tahun, Manchester United kini kembali ke Malaysia dengan meletakkan skuad utama sebagai taruhan bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan ASEAN All-Stars yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei 2025.
Perlawanan istimewa ini bukan sekadar pertarungan bola sepak, sebaliknya ia merupakan simbol penyatuan penyokong setia dari seluruh Asia Tenggara. Peminat dijangka hadir dari segenap negara serantau antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, dan Vietnam sekaligus menjadikan acara ini sebagai satu lagi bukti Malaysia sebagai hab bola sepak utama di rantau ini.
Dianjurkan dengan kerjasama rakan serantau serta pihak berkuasa tempatan, acara ini dijangka memberikan impak positif kepada industri pelancongan dan hospitali negara. Ia bakal memacu ekonomi tempatan serta pada masa sama mempamerkan kemampuan Kuala Lumpur menganjurkan acara antarabangsa bertaraf dunia.
Jualan tiket kepada orang ramai akan dibuka pada jam 11:00 pagi, 15 April 2025, secara eksklusif di https://www.myticketempire.com/manumy. Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.
Ini adalah detik terbaik buat Malaysia, maka jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan kehebatan Manchester United secara langsung di Bukit Jalil. Jadilah sebahagian daripada detikbersejarah ini — dapatkan tiket anda dan ayuh ciptakan kenangan yang tidak akan dilupakan.