
MANCHESTER UNITED RETURNS TO MALAYSIA AFTER 16 YEARS FOR MAYBANK CHALLENGE CUP
April 11, 2025
Manchester United vs ASEAN All-Stars – Jualan Tiket Umum Dibuka 11:00 pagi, 15 April
April 15, 2025
Penantian kini berakhir! Sejarah bola sepak bakal tercipta lagi apabila Manchester United, salah satu kelab bola sepak paling ikonik dan berjaya di dunia, kembali ke Malaysia selepas 16 tahun. Manchester United akan menentang ASEAN All-Stars bagi kejohanan Maybank Challenge Cup, secara eksklusif di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia pada 28 Mei 2025 jam 8.45 malam.
Perlawanan yang dianjurkan oleh ProEvents dengan kelulusan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), Maybank Challenge Cup bukanlah sebuah perlawanan biasa sebaliknya ia adalah pesta bola sepak terhebat, menyatukan peminat dari seluruh rantau ini dalam suasana mengujakan.
BINTANG BERTARAF DUNIA, AKSI YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
Menampilkan barisan bintang bertaraf dunia seperti Bruno Fernandes, Alejandro Garnacho, Casemiro, Matthijs de Ligt, Amad Diallo, Rasmus Højlund dan ramai lagi, Manchester United bakal membawa magis bola sepak ke Malaysia. Menanti mereka pula sebagai tentangan ialah, ASEAN All-Stars, skuad impian yang menghimpunkan pemain terbaik rantau ini, yang bersedia mempamerkan kehebatan mereka di mata dunia.
Tiket bagi perlawanan bersejarah ini sedang hangat dijual dengan permintaan sangat tinggi dari seluruh negara ASEAN serta negara Asia seperti China, India, Jepun dan Korea Selatan. Peminat dan penyokong digesa membeli segera sebelum terlambat.
KEPULANGAN YANG DINANTI
Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia adalah pada 2009, dan kepulangan mereka kali ini bakal menjadi satu acara yang paling dinanti dekad ini. Justeru, Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi akan dibanjiri lautan merah apabila ribuan penyokong hadir menyaksikan pertarungan menakjubkan.
“Membawa Manchester United kembali ke Malaysia selepas 16 tahun adalah satu pencapaian luar biasa,” kata Julian Kam, Ketua Pegawai Eksekutif / Ejen Perlawanan FIFA di ProEvents Group. “Hubungan antara kelab ini dengan penyokongnya di ASEAN amat unik, dan perlawanan ini adalah sambutan perpaduan yang tidak boleh dilepaskan oleh pencinta bola sepak di rantau ini.”
PEMAIN TERBAIK ASEAN MENENTANG BINTANG BOLA SEPAK DUNIA
Pastinya bagi ASEAN All-Stars, perlawanan ini lebih daripada sekadar perlawanan persahabatan – ia menjadi medan terbaik untuk mempamerkan kehebatan bola sepak rantau ini di pentas terbesar. Pasukan yang terdiri daripada barisan pemain terbaik Asia Tenggara ini akan mencabar salah satu kelab terbesar dalam sejarah bola sepak, menjadikan perlawanan ini satu perlawanan yang akan dikenang sepanjang zaman.
“Perlawanan ini istimewa buat Malaysia kerana ia adalah eksklusif untuk Malaysia di rantau ASEAN. Menjadi tuan rumah buat sebuah kelab sebesar Manchester United adalah detik yang sangat bermakna untuk bola sepak Malaysia dan ASEAN. Perlawanan ini bakal membawa budaya bola sepak yang semakin berkembang di rantau ini. Kami menyeru penyokong untuk hadir memenuhi stadium dan sama-sama memberi laungan semangat yang tidak dapat dilupakan,” kata Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, Presiden FAM.
“Perlawanan ini menandakan satu lagi detik yang membanggakan bagi bola sepak ASEAN. Untuk menyaksikan pemain terbaik kami berentap dengan salah satu kelab terbesar dunia bukan sahaja bersejarah malah ia juga ibarat penanda aras buat mutu bola sepak rantau ini,” kata Mejar Jeneral Khiev Sameth, Presiden Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF). “Pertembungan dua pasukan ini juga melambangkan keyakinan, kerja keras dan perpaduan. Dan kepada semua pemain generasi muda yang menonton, biarkan ini menjadi sumber inspirasi kepada anda. Impian anda kini berada di depan mata jika anda sanggup mengejarnya. Jadi berusaha keras, kekal rendah diri dan jangan pernah berhenti percaya kerana masa anda akan tiba.”
“Sebagai rakan kongsi kewangan terbesar dan paling lama bersama Manchester United, Maybank berbangga untuk membawa perlawanan bersejarah ini ke Malaysia dan rantau ASEAN. Kerjasama kami melangkaui bola sepak – ia mengenai menyampaikan pengalaman istimewa dan faedah eksklusif kepada pelanggan kami.”
“Dengan pelancaran kad jenama bersama Manchester United kami di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan kini Kemboja, kami telah menjalankan kempen menarik yang akan membawa ahli kad kami yang dihargai ke acara yang tidak dapat dilupakan ini. Pemegang kad Maybank juga akan menikmati akses awal kepada tiket melalui pra-jualan eksklusif,” kata Dato’ Khairussaleh Ramli – Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank.
“Maybank Challenge Cup bukanlah satu perlawanan persahabatan biasa – ia adalah simbol perpaduan bola sepak berinspirasi. Dengan Malaysia memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, perlawanan ini turut menjadi simbol perpaduan serantau, menghimpunkan bakat bola sepak terkemuka dari ASEAN untuk menentang salah satu kelab terhebat di dunia. Kami sangat teruja untuk berkongsi detik ini dengan pelanggan kami dan peminat dari seluruh rantau ini.”
MENGUKUHKAN BOLA SEPAK MALAYSIA DI PERINGKAT GLOBAL
Perlawanan ini bukan sahaja sekadar membawa aksi bola sepak bertaraf dunia ke Malaysia tetapi juga mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama untuk acara sukan antarabangsa. Dengan liputan media antarabangsa dan ribuan pengunjung dijangka hadir, perlawanan ini akan memberi sumbangan besar kepada pelancongan sukan negara dan seterusnya mengukuhkan status Malaysia sebagai hab bola sepak bertaraf dunia.
DISOKONG OLEH PENAJA GLOBAL
Acara hebat ini dengan bangganya disokong oleh rakan kongsi global Manchester United, termasuk Maybank dan Malaysia Airlines. Komitmen ini membuktikan kecemerlangan bola sepak dengan penglibatan penyokong rantau ini termasuk Malaysia yang sama-sama berpeluang menikmati pengalaman bola sepak bertaraf dunia secara langsung.
DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG – JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Semangat dan keterujaan semakin memuncak dan tiket untuk Manchester United vs ASEAN All-Stars kini tersedia! Ini adalah peluang terbaik untuk menyaksikan salah satu pasukan bola sepak terbesar secara langsung di Malaysia. Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.myticketempire.com/manumy sebelum terlambat!
Jom hadir dan jadilah sebahagian daripada sejarah ini. Saksikan pertarungan epik Manchester United di Malaysia. Pastinya ia bakal menjadi malam bola sepak bertaraf dunia yang tidak akan dilupakan!
MAKLUMAT PERLAWANAN
Tarikh: | 28th May 2025 (Wednesday) |
Stadium: | Bukit Jalil National Stadium |
Sepak Mula: | 8:45 PM |
Perlawanan*: | Manchester United vs ASEAN All Stars |
Harga Tiket: | RM50, RM100, RM250, RM380, RM580, RM780 and RM1,500 |
Platform Tiket: | Ticket Empire (https://www.myticketempire.com/) |
Jualan Tiket Awam: | Available at Ticket Empire from 15 April 2025 at 11:00 AM |
* Barisan Skuad Pemain akan diumumkan kemudian
Mengenai ProEvents:
ProEvents adalah perunding pemasaran dan pengurusan bola sepak terkemuka di Asia dengan kepakaran dalam menyediakan pasaran bola sepak yang unik dan berwawasan.
Ditubuhkan pada tahun 1992, ProEvents telah menganjurkan dan mempromosikan acara bola sepak di seluruh Asia termasuk Brunei, China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Kami telah berkerjasama dengan kedua-dua pasukan kebangsaan dan kelab seperti Brazil, Argentina, England, Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Tottenham Hotspur, Crystal Palace, Barcelona, Bayern Munich, Juventus, AC Milan, Inter Milan, AS Roma, Sampdoria, Ajax, Feyenoord, Sao Paulo dan lain-lain.
Mengenai ShekhinahPR:
ShekhinahPR ialah agensi Perhubungan Awam Sukan dan Penjenamaan yang berpangkalan di Malaysia, terkenal dengan pencapaian cemerlang dengan pelbagai anugerah dalam mengurus serta memperkukuhkan reputasi syarikat, persepsi dan ekuiti jenama bagi pelanggan.
___________________________________________________________________
Dikeluarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak ProEvents
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Christopher Raj ShekhinahPR / 012-216 1881chris@shekhinah.my |
Vinosha Samugum ShekhinahPR / 014-972 9759vinosha@shekhinah.my |
Wan Noriza ShekhinahPR / 012-353 8100 wannoriza@shekhinah.my |
Steven Raj ShekhinahPR / 011-1116 2799 steven@shekhinah.my |