Christopher dilantik Pengurus Media Piala Dunia B-17 | HMETRO
November 3, 2023Rakyat Malaysia dilantik Pengurus Media Piala Dunia Bawah 17 | BULETINTV3
November 3, 2023KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj mendapat kepercayaan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila dilantik sebagai pengurus media di Piala Dunia U17 2023.
Christopher bakal memikul tanggungjawab pada kejohanan yang akan berlangsung di Indonesia itu dari 5 November sehingga 2 Disember ini.
Pelantikan itu turut menyaksikan Christopher menjadi rakyat Malaysia kedua bertugas di pusingan akhir Piala Dunia selepas ‘gurunya’, Datuk Seri Windsor John.
Windsor yang juga Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pernah bertugas di venue akhir Piala Dunia Jerman 2006.
Sebagai pengurus media, Christopher diberi tanggungjawab di Stadium Manahan dalam memastikan persiapan operasi media berjalan dengan lancar sehingga perlawanan akhir nanti.
Sebanyak 14 perlawanan akan diadakan di Stadium Manahan termasuk aksi perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember ini.
Tiga lagi stadium yang akan menjadi medan pertarungan pemain muda bertaraf dunia dari seluruh benua termasuk Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Stadium Antarabangsa Jakarta dan Stadium Jalak Harupat di Bandung.
Christopher berpengalaman hampir 20 tahun dalam bola sepak selain pernah bertugas dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia Russia 2018 dan Piala Dunia Qatar 2022.
Selain itu beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Media AFC turut diberi kepercayaan di Piala Dunia B-17 India 2017, Piala Asia di Australia 2015, Piala Asia di UAE 2019, Piala Emas CONCACAF Amerika 2019, Liga Juara-Juara Asia 2021 dan 2022.
SUMBER: BHARIAN