Christopher dilantik Pengurus Media Piala Dunia B-17 di Indonesia | SINAR HARIAN
November 3, 2023FIFA lantik Christopher Raj Pengurus Media Piala Dunia U17 | BHARIAN
November 3, 2023Kuala Lumpur: Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj terus mengharumkan nama Malaysia apabila dilantik sebagai Pengurus Media di Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Indonesia yang akan berlangsung dari 5 November sehingga 2 Disember 2023.
Christopher yang tidak asing dalam dunia bola sepak merangkumi pakar dalam industri perhubungan awam, operasi media dan penyiaran diberi kepercayaan oleh Fifa untuk memikul tanggungjawab di saingan Piala Dunia B-17 itu.
Sebagai pengurus media beliau diberi tanggungjawab di Stadium Menahan Solo dalam memastikan persiapan operasi media berjalan dengan lancar sehingga di perlawanan akhir nanti.
Sebanyak 14 perlawanan akan diadakan di Stadium Menahan termasuk aksi perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember ini.
Christopher berpengalaman hampir 20 tahun dalam bola sepak selain pernah bertugas dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia Rusia 2018 dan Piala Dunia Qatar 2022.
Selain itu beliau turut diberi kepercayaan di Piala Dunia B-17 India 2017, Piala Asia di Australia 2015, Piala Asia di UAE 2019, Piala Emas CONCACAF Amerika 2019, Liga Juara-Juara Asia 2021 dan 2022.
Malah, beliau juga ketika ini adalah Ahli Jawatankuasa Media AFC.
SUMBER: HMETRO