TNB LHM 2020: UniKL & TNB Terus Bersaing Hebat Dalam Kekalkan Rentak Kemenangan
January 17, 2020TNB LHM 2020: TNB Pamer Kebangkitan Atasi THT, UniKL Kekal Rekod Kemenangan
January 22, 2020KUALA LUMPUR, 18 JANUARI: Penyudah berkesan menyaksikan pasukan Maybank memperolehi kemenangan ketiga dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB LHM) 2020 selepas mengatasi Kedah/Nurinsafi HT dengan keputusan 9-3 dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Muhammad Haziq Samsul meledak hatrik manakala Muhammad Nur Asyraf Ishak serta Hafifihafiz Hanafi masing-masing menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan Maybank.
Turut mencatat nama selaku penjaring adalah Alfarico Lance Liau Jr dan Amirullah Zainol pada minit ke-17 dan ke-29 menerusi jaringan padang.
Manakala Nurinsafi membalas menerusi hatrik Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi namun bagaimanapun pasukan itu masih belum memperolehi sebarang mata musim ini.
Kemenangan ini menyaksikan Maybank mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan dan perbezaan jumlah jaringan meletakkan mereka kekal di tangga keempat liga.
“Jumlah jaringan yang begitu baik buat kami dan itu merupakan sasaran utama Maybank dalam pertemuan ini sekaligus memastikan tiga mata penuh dapat diraih.
“Kami bermain mengikut apa yang dirancangkan iaitu menyerang sejak permulaan permainan dan saya percaya kami mampu capai sasaran iaitu berada dalam kelompok tiga terbaik musim ini,” jelas jurulatih Maybank, Azrul Effendy Bistamam.
“Ia satu keputusan yang baik buat kami untuk bangkit semula selepas tewas kepada TNB dalam aksi sebelum ini dan saya berharap rentak ini dapat diteruskan,” ujar pemain Maybank, Hafifihafiz Hanafi
Sementara dalam saingan Wanita pula, Terengganu Hockey Ladies Team (TLHT) memerlukan jaringan lewat permainan bagi mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM Blue Warriors di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Fazilla Sylvester Silin muncul wira buat TLHT apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-60.
PKS Uniten pula terus menemui rentak kemenangan mereka, kali ini tidak berdepan sebarang masalah untuk membenam cabaran Mutiara Impian MSPP-PSHA dengan kemenangan besar 8-1.
Nur Zafirah Aziz menjaringkan dua gol buat PKS Uniten yang dikendalikan oleh Lailin Abu Hassan dengan Nur Aisyah Yaacob, Siti Nur Arfah Mohd Nor dan Raja Norsharina Raja Shabuddin turut antara yang menemui sentuhan jaringan.
Turut mencatat kemenangan adalah Hockademy KL yang menewaskan Sabah 9-1 dalam pertemuan di Stadium Hoki Likas, Kota Kinabalu, antaranya menerusi dua jaringan Nuramirah Shakirah Zulkifli.