
MJHLTNB 2019: SSTMI Thunderbolts bounce back to maintain 100% record
July 15, 2019
Siri Jelajah Eropah: Malaysian Tigers Tundukkan Jerman
July 26, 2019
KUALA LUMPUR (24 JULAI 2019): Kemenangan 3-2 yang diraih MBPJ Tigers ke atas AHP-MSP Thunderbolts pada aksi terakhir saingan liga, TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 yang berlangsung hari ini membawa pasukan bimbingan Mohd Harfizi Baharom ke pusingan seterusnya iaitu merebut Piala TNB 2019.
Selepas tamat ke semua 13 perlawanan liga, empat pasukan teratas, SSTMI Thunderbolts, BJSS Thunderbolts, AHP-MSP Thunderbolts dan MBPJ Tigers akan bersaing pada aksi suku akhir Piala TNB 2019 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini (27 Julai) untuk menempah slot ke separuh akhir.
Ketua Jurulatih MBPJ Tigers, Harfizi Baharom yang dihubungi selepas tamat pertemuan dengan AHP-MSP Thunderbolts, nyata bersyukur dengan kemenangan yang diraih hari ini di mana ianya sekaligus membawa pasukannya ke suku akhir selaku pasukan di kedudukan keempat.
“Syukur Alhamdulillah dengan kejayaan yang kami raih hari ini dan kami berjaya untuk berada di kelompok empat pasukan terbaik untuk melangkah ke saingan suku akhir Piala TNB.
“Tahun lalu kami mengakhiri saingan liga di kedudukan keenam dan tahun ini kami berjaya menunjukkan satu peningkatan yang baik apabila menamatkan saingan liga di kedudukan keempat.
“Pujian saya berikan kepada barisan pemain atas usaha keras mereka serta menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mereka berada di tahap ini walaupun berdepan dengan jadual perlawanan yang padat serta perjalanan yang banyak ke laman lawan.
“Untuk aksi suku akhir nanti bagi saya ianya pasti satu perlawanan yang sengit dan apa yang saya harapkan daripada pemain-pemain, mereka dapat mengikuti semua susun atur taktikal dengan baik dan sentiasa bersemangat ketika di atas padang,” jelasnya.
Dalam pada itu juara bertahan, SSTMI Thunderbolts berjaya mempertahankan gelaran juara liga dan lebih manis apabila mereka mengekalkan rekod bersih menang ke semua 13 perlawanan dengan aksi terakhir hari ini menyaksikan mereka membelasah MSSPP-PSHA, 9-0.
Keputusan Perlawanan Hari ini (Rabu, 24 Julai)
SSTMI THUNDERBOLTS 9-0 MSSPP-PSHA
SABAH JR (PHS / SHA-SSMS) 1-1 MSNT-PHT-MSST
BJSS JR 2022 1-6 SMKDBL –UNIKL-PHJ-MSNJ
SSMS RESILIENT 5-2 MSN/SSN PHPs YOUNG LION
AHP-MSP THUNDERBOLTS 2-3 MBPJ TIGERS
SSTMI JUNIOR 2-1 KL –WIPERS