Reds invited to get their tickets to LFC World viewing party
April 9, 2019Mitchell and Axle hungry for early success
April 9, 2019Aksi ketiga siri ujian daripada lima perlawanan yang diatur antara skuad wanita negara dan skuad wanita India menyaksikan perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini berkesudahan dengan keputusan seri 4-4.Selepas berdepan dengan dua kekalahan berturut-turut, skuad bimbingan Muhammad Dharmaraj Abdullah berjaya untuk mengikat India pada pertemua ketiga dan walaupun ketinggalan 2-0 pada seketika, Malaysian Tigress berjaya meninggalkan India 4-2 sebelum lawan mereka kembali mengejar dengan dua gol untuk kedudukan 4-4 menutup pertemuan ketiga.
India membuka tirai jaringan pada suku pertama apabila Navjot Kaur yang berada di sebelah kanan pintu gol membuat satu pukulan deras untuk menewaskan penjaga gol negara, Farah Ayuni Yahya pada minit ke-13.
Skuad negara mempunyai peluang terbaik untuk mengikat kedudukan pada minit ke-19 menerusi Hanis Nadia Onn yang berdepan situasi satu lawan satu bersama penjaga gol India, namun pukulannya sedikit kuat menyaksikan percubaan tersebut melepasi palang gol dan terlepas peluang skuad negara untuk merobek gawang lawan.
Kesilapan ketika bola pukulan sudut penalti mengenai kaki pemain pertahanan negara saat bola tersebut menuju ke pintu gol menghadiahkan pukulan stroke kepada India dan kelebihan yang dimiliki pada minit ke-22 itu menyaksikan Navneet kaur meletakkan pasukannya terus di hadapan 2-0.
Ketinggalan dua gol nyata tidak mematahkan semangat Malaysian Tigress untuk bangkit mengejar dua gol tersebut bermula dengan jaringan Kirandeep Kaur pada minit ke-26 menerusi gerakan padang, Nuraini Rashid mengikat kedudukan 2-2 seminit kemudian selepas menggunakan kelebihan pukulan sudut penalti dengan sebaiknya.
Lima minit selepas suku ketiga bersambung, Malaysia berjaya untuk berada di hadapan apabila satu lagi kelebihan pukulan sudut penalti digunakan dengan sebaiknya oleh Nuramirah Syakirah Zulkifli yang melakukan tindakan susulan untuk menjaringkan gol ketiga negara.
Seakan tidak puas dengan tiga jaringan yang telah terhasil, Nuraini Rashid sekali lagi muncul selaku penjaring negara menerusi satu lagi pukulan sudut penalti tiga minit selepas gol ketiga terhasil untuk kedudukan berubah 4-2 berpihak negara.
Bagaimanapun India berjaya untuk mengikat kembali kedudukan 4-4 bermula dengan gerakan padang Navneet kaur beberapa saat sebelum suku ketiga berakhir, Lalremsiami menjaringkan gol penyamaan India pada minit ke-54 juga menerusi jaringan padang.
Perlawanan ujian keempat akan bersambung pada Rabu, 10. April pada jam 8.00 malam di venue yang sama.