
Kuala Lumpur has been confirmed as the next stop for LFC World presented by Standard Chartered.
March 12, 2019
Aaron-Wooi Yik looking to up the ante
March 21, 2019
KUALA LUMPUR (18 MAC 2019) : Dua pemain muda, Muhammad Arif Syafie Ishak dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal berjaya untuk memastikan tempat mereka dalam senarai 18 pemain yang menggalas tugas di Piala Sultan Azlan Shah 2019 di mana kejohanan akan membuka tirai pada 23 hingga 30 Mac 2019 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh, Perak.Selain itu, penjaga gol meningkat naik, Muhamad Zaimi Mat Deris dan Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran juga bakal membuat penampilan pertama bagi kejohanan ini selepas berjaya memikat hati pengendali negara, Roelant Oltmans ketika sesi kem latihan 28 pemain di Kuantan Pahang baru-baru ini.
Roelant yang ditemui sebelum bergerak ke Ipoh Perak hari ini menjelaskan ia sesuatu yang cukup baik untuk melihat tujuh pemain yang tidak berada di dalam skuad Piala Dunia 2018 membuat penampilan selain dua pemain muda Arif Syafie Ishak dan Azrai Aizad telah membuktikan kemampuan mereka ketika di sesi kem latihan di Kuantan Pahang sehingga berjaya untuk berada di dalam senarai 18 pemain.
“Kami telah melalui satu kem latihan yang cukup baik di Kuantan baru-baru ini dan pemain-pemain baru yang telah dipilih sememangnya layak untuk diberikan peluang bagi mereka membuktikan kebolehan mereka beraksi di pentas antarabangsa.
“Ia merupakan satu suasana yang cukup baik apabila dapat melihat tujuh pemain yang berbeza daripada skuad Piala Dunia 2018 beraksi di Piala Sultan Azlan Shah kali ini termasuk dua pemain muda Arif Syafie Ishak dan Azrai Aizad.
“Mereka (Arif dan Azrai) telah membuktikan kemampuan mereka ketika di sesi kem latihan dan saya melihat dua pemain muda ini mempunyai masa depan yang cerah jadi saya sangat teruja untuk melihat bagaimana cara meraka menyerap tekanan ketika beraksi di perlawanan antarabangsa,” ujarnya.
Dalam pada itu ketiadaan kapten negara, Mohamad Sukri Abdul Mutalib ekoran kecederaan menyaksikan pengendali negara akan menggunakan sistem pengiliran tugas selaku kapten kepada tiga pemain iaitu Muhammad Razie Abd Rahim, Mohd Fitri Saari dan Meor Muhamad Azuan Hassan serta berharap kesemua barisan pemainnya akan beraksi dengan cukup baik serta dia mahu menjadikan perlawanan ini sebagai landasan untuk mengukur tahap kesediaan pasukan bimbingannya menuju ke Kejohanan penting, FIH Siri Akhir Lelaki 2019 di Kuala Lumpur pada 26 April hingga 4 Mei 2019.
“Tugas selaku ketua pasukan akan dikongsi bersama oleh tiga pemain iaitu Razie, Fitri dan Meor dan saya berharap pemain akan beraksi pada tahap yang saya mahukan selain sudah semestinya apabila ke sesuatu kejohanan apa yang kami mahukan adalah kemenangan.
“Tetapi apa yang lebih penting dengan meraih kemenangan pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi kali ini akan membuktikan bahawa kami kini berada di landasan yang tepat menuju ke Kejohanan yang lebih besar iaitu Siri Akhir Lelaki pada bulan depan.
“Ia bukan beerti Piala Sultan Azlan Shah tidak penting tetapi pendekatan kedua-dua kejohanan ini sudah pastinya agak berbeza kerana dari segi keutamaan tentunya kejohanan Siri Akhir Lelaki lebih penting tetapi saya tetap mahu pemain beraksi pada tahap terbaik.
“Jika pemain berjaya bermain pada tahap yang telah ditetapkan kemungkinan untuk kami pulang dengan pingat pastinya cerah atau mungkin keputusan yang lebih baik akan terhasil,” jelasnya.
Berikut merupakan senarai 18 pemain yang menggalas tugas di Piala Sultan Azlan Shah 2019:
Muhammad Hairi Bin Abd Rahman (Penjaga Gol)
Muhammad Zaimi Bin Mat Deris (Penjaga Gol)
Muhammad Razie Bin Abd Rahim (Pertahanan)
Faiz Helmi Bin Jali (Pertahanan)
Muhammad Najmi Farizal Bin Jazlan (Pertahanan)
Muhammad Arif Syafie Bin Ishak (Pertahanan)
Luqman Nul Hakim Bin Ahmad Shukran (Pertahanan)
Muhammad Marhan Bin Mohd Jalil (Tengah)
Mohd Fitri Bin Saari (Tengah)
Muhammad Amirol Aideed Bin Mohd Arshad (Tengah)
Meor Muhamad Azuan Bin Hasan (Tengah)
Mohd Ashran Bin Hamsani (Tengah)
Muhammad Azrai Aizad Bin Abu Kamal (Tengah)
Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi (Tengah)
Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil (Penyerang)
Muhammad Firhan Bin Ashari (Penyerang)
Faizal Bin Saari (Penyerang)
Nor Syafiq Bin Sumantri (Penyerang)