TNB LHM 2019: Rekod Tanpa Kalah Terengganu Ladies Berterusan
January 19, 2019Gallant display from Yew Sin-Ee Yi bodes well for the future
January 20, 2019KUALA LUMPUR (20 Januari 2019): Pasangan negara, Ong Yew Sin- Teo Ee Yi tidak perlu kecewa sebaliknya menjadikan kekalahan kepada pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon- Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam final Perodua Malaysia Masters (PMM) 2019 di Axiata Arena tadi sebagai permulaan bagi mencari lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.Biarpun mendapat sorakan padu daripada penyokong yang hadir, Fernaldi Gideon- Kevin Sanjaya nyata terlalu handal untuk gandingan negara meskipun mereka telah memberikan tentangan hebat.
Yew Sin- Ee Yi tewas straight set 15-21 16-21 kepada Fernaldi Gideon- Kevin Sanjaya dalam masa 36 minit. Kekalahan wakil tunggal negara itu sekaligus menutup harapan kita untuk melihat mereka muncul juara dalam PMM kali ini.
Ditemui selepas perlawanan, Ee Yi berkata, “Permainan kita hari ini bukan berada pada tahap sebenar, kita akui mereka memiliki pengalaman dan kualiti yang lebih daripada kita. Kita tahu kelemahan kita dan akan perbaikinya untuk terus meningkat.”
“Selepas kejohanan, kita dapat rasa yang kita juga berada di dalam kelas tersendiri serta tidak jauh bezanya dengan pemain terbaik dunia yang lain. Perlu bekerja keras lagi dan saya rasa kita juga boleh menyerlah,”kata Ee Yi.
Bagi Yew Sin pula, kejayaan mara hingga ke pentas final tetap memberikan petanda positif buat mereka berdua.
Yew Sin berkata, “Keyakinan kita memang sudah meningkat. Kejohanan ini juga sudah habis dan kita akan bersedia untuk saingan yang seterusnya di Indonesia Masters,”ujar Yew Sin.
Mengulas mengenai prestasi beregu lelaki negara, ketua jurulatih, Paulus Firman berkata, “Saya gembira dengan beregu lelaki kerana salah satu (Aaron Chia- Soh Wooi Yik) juga berjaya mara hingga ke separuh akhir sebelum tewas kepada rakan sendiri. Di final, pemain kalah namun secara keseluruhan saya masih gembira cuma perlu memperbaiki lagi kelemahan yang ada.”
“Kita boleh nampak lawan mempunyai keistimewaan tersendiri. Mereka memiliki kecerdikan, serta kekuatan mental, itulah kelebihan Gideon dan Kevin. Itu membezakan mereka dengan beregu lelaki lain,”katanya.
“Apapun, saya percaya kita boleh melatih pemain yang kita ada untuk memaksimumkan kebolehan mereka. Keistimewaan kadangkala hadir dalam diri pemain secara semulajadi dan kita juga boleh membetuknya cuma perlukan sedikit masa,” kata Paulus.
Dalam acara perseorangan lelaki, Korea Selatan bergelar juara selepas pemainnya, Son Wan Ho mencipta kejutan dengan mengatasi pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Chen Long dari China 21-17 21-19.
Jepun pula pulang bergaya dengan dua daripada wakil mereka muncul juara. Yuki Fukushima- Sayaka Hirota juara dalam acara beregu wanita apabila bangkit menewaskan gandingan Greysia Polii- Apriyani Rahayu dari Indonesia, 18-21 21-16 21-16.
Satu lagi pasangan dari negara matahari terbit, Yuta Watanabe- Arisa Higashino muncul juara beregu campuran selepas mengalahkan wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh- Sapsiree Taerattanachai 21-18 21-18.
Sementara juara bertahan PMM dalam acara perseorangan wanita, Ratchanok Intanon dari Thailand pula terus menguasai saingan. Dia bergaya merangkul kejuaraan buat kali kedua dalam PMM selepas menang ke atas pemain Sepanyol Carolina Marin, 21-9 22-20.
Berstatus Jelajah Dunia BWF Super 500, Perodua Malaysia Masters 2019 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak US$350,000.
Keputusan penuh perlawanan akhir Perodua Malaysia Masters 2018
WD Yuki FUKUSHIMA- Sayaka HIROTA (Jepun) mng Greysia POLII- Apriyani RAHAYU (Indonesia) 18-21 21-16 21-16
XD Yuta WATANABE- Arisa HIGASHINO (Jepun) mng Dechapol PUAVARANUKROH- Sapsiree TAERATTANACHAI (Thailand) 21-18 21-18
WS Ratchanok INTANON (Thailand) mng Carolina MARIN (Sepanyol) 21-9 22-20
MS SON Wan Ho (Korea) mng CHEN Long (China) 21-17 21-19
MD Marcus Fernaldi GIDEON- Kevin Sanjaya SUKAMULJO (Indonesia) mng ONG Yew Sin- TEO Ee Yi (Malaysia) 21-15 21-16
Hadiah Kemenangan:
Acara Perseorangan Lelaki dan Wanita:
Juara: USD 26,250.00
Naib Juara: USD 13,300.00
Separuh akhir: USD 5,075.00
Suku akhir: USD 2,100.00
Acara Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran:
Juara: USD 27,650.00
Naib Juara: USD 13,300.00
Separuh akhir: USD 4,900.00
Suku akhir: USD 2,537.50