PSAS 2018: Malaysia Terlepas Slot Final
March 10, 2018Manchester United legends have a kickabout with NFDP boys
March 11, 2018Semangat melawan yang tinggi ditampilkan oleh Malaysian Tigers nyata tidak mencukupi apabila menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2018 di kedudukan keempat selepas tewas 2-3 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak, hari ini.
Selepas mencatatkan dua kemenangan dan tiga kekalahan dalam peringkat round robin Malaysia yang tewas 2-7 kepada England pada perlawanan kelima semalam terlepas peluang terbaik untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas kali terakhir membuat penampilan di pentas final pada 2014.
Skuad negara terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan lawan mereka seawal minit pertama perlawanan apabila keadaan kelam kabut di pintu gol negara berjaya dimanafaatkan oleh Juan Lopez yang tidak dikawal di sebelah kiri pintu gol negara untuk melakukan jaringan.
Skuad negara cuba untuk bangkit menyamakan kedudukan dua minit kemudian namun percubaan Faizal Saari berjaya diselamatkan penjaga gol Argentina, Juan Vivaldi dan pukulan sudut penalti yang dihadiahkan kepada skuad negara pada minit keenam tidak berjaya untuk menghadirkan gol penyamaan apabila flik yang dilakukan kapten Malaysia, Muhammad Razie Abd Rahim tersasar ke sebelah kanan pintu gol lawan.
Argentina yang dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-11 nyata tidak mahu mempersiakan peluang yang dimiliki untuk terus menggandakan jaringan apabila fliker sensasi mereka, Gonzalo Peillat terus meletakkan pasukannya di hadapan 2-0.
Malaysian Tigers berjaya untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-24 selepas bola hantaran jauh oleh Faiz Helmi Jali dibias oleh Joel van Huizen untuk Joel mengubah kedudukan 1-2.
Seakan mendapat suntikan semangat daripada jaringan pertama, skuad negara terus bangkit dengan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti kedua dan kali ini Faizal Saari tidak mempersiakan peluang yang terhidang pada minit ke-27 untuk mengikat Argentina 2-2 sekaligus menamatkan aksi separuh masa pertama dengan keputusan seri.
Aksi di suku ketiga bersambung sengit apabila kedua-dua pasukan terus menggandakan usaha mereka bagi menjarakkan kedudukan dan Malaysia yang mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan buntu untuk mencari ruang terbaik bagi menghasilkan gol.
Argentina dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti kedua pada minit ke-47 namun kali ini flik yang dilakukan oleh Peillat dapat dipatahkan oleh Mohd Marhan Jalil dan Argentina sekali lagi dihadiahakn dengan pukulan sudut penalti ketiga gagal untuk mencari pintu gol negara apabila flik Peillat tersasar ke kiri pintu gol negara.
Bagaimanapun kesilapan menghadiahkan Argentina dengan pukulan sudut penalti keempat pada minit ke-49 nyata menghukum skuad negara apabila kapten Argentina, Pedro Ibarra tidak mempersiakan peluang untuk meletakkan pasukannya dihadapan 3-2.
Peluang terbaik negara untuk kembali mengikat kedudukan hadir pada minit ke-55 apabila dihadiahkan dengan pukulan sudut penlati ketiga namun kelebihan tersebut tidak berjaya disudahakan dengan cemerlang oleh Razie Rahim dimana flik yang dilakukannya menuju atas palang gol.
Strategi untuk menggeluarkan penjaga gol dan memasukkan Faiz Helmi Jali pada minit-minit terakhir perlawanan sebagai pemain tambahan juga tidak behasil apabila kedudukan 2-3 kekal hingga tamat perlawanan.