PSAS 2018: India Sekat Hajat Malaysia
March 6, 2018PSAS 2018: Malaysian Tigers Tewas Melawan
March 10, 2018Harapan untuk menyaksikan Malaysian Tigers mengulangi sejarah 2014 melangkah ke perlawanan akhir tidak berkesampaian apabila akur tewas 2-7 kepada England dalam perlawanan kelima Piala Sultan Azlan Shah 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak, hari ini.
Keputusan tersebut menyaksikan skuad negara bakal turun untuk aksi penentuan tempat ketiga dan keempat bertemu Argentina yang turut tewas 1-3 dalam perlawanan terdahulu menentang Australia di mana Australia serta England bakal bertemu di perlawanan akhir dan Ireland yang menewaskan India 3-2 bakal turun sekali lagi bagi penentuan tempat kelima dan keenam.
Malaysia mempunyai peluang terbaik untuk meledak jaringan awal menerusi pukulan sudut penalti pada minit kelima namun kelebihan dua pukulan sudut penalti berturut-turut yang diterima buntu untuk diterjemahkan kepada gol dan minit kesembilan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil juga terlepas peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan.
Sebaliknya skuad negara dikejutkan dengan tiga jaringan England dalam tempoh empat minit masing-masing menerusi pukulan sudut penalti yang dijaringkan Mark Gleghorne pada minit ke-10 sementara dua lagi hasil jaringan padang oleh Ollie Willars pada minit ke-11 dan Barry Middleton pada minit ke-14.
Bagaikan serba tidak menjadi buat skuad negara pada separuh masa pertama apabila dua peluang untuk menjaringkan gol padang menerusi Marhan Jalil dan Nabil Fiqri pada minit ke-24 selain dua pukulan sudut penalti berturut-turut yang diberikan kepada negara berselang seminit kemudian masih belum berjaya membolosi gawang England dan kedudukan kekal 3-0.
Seminit selepas bersambung suku ketiga, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan jaringan keempat lawan yang sekali lagi diledak oleh Barry Middleton menerusi gerakan padang untuk England terus selesa dihadapan.
Malaysian Tigers hampir memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-37 namun percubaan Firhan Ashaari yang berada di hadapan pintu gol tersasar melepasi palang.
Disebalik skuad negara terus berusaha untuk mencari gol pertama, pintu gol negara kali ini dibolosi sekali pagi pada minit ke-38 menerusi jaringan padang Sam Ward dan England yang dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-41 terus-terusan menghukum skuad negara dengan jaringan keenam oleh Sam Ward sekali lagi.
Gol yang dinanti-nantikan oleh skuad negara akhirnya muncul pada 10 minit terakhir perlawanan selepas Tengku Ahmad Tajuddin menyempurnakan pukulan sudut penalti dan berselang dua minit kemudian giliran Marhan Jalil untuk terus menggandakan jaringan buat skuad negara menerusi jaringan padang yang merubah kedudukan 2-7.
Bagaimanapun keputusan tersebut tidak cukup untuk menyekat England untuk meraih tiga mata penuh dan melangkah ke final apabila perlawanan tamat Malaysia akur tewas 2-7.
Lain-lain keputusan:
Argentina 1 Australia 3
Ireland 3 India 2