Arena Of Stars tentukan siapa juara SSPL 2017/18
February 7, 2018Defending Champions March On
February 8, 2018KUALA LUMPUR (7 FEBRUARI 2018): Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bakal bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada aksi final Piala TNB, Sabtu ini selepas kedua-dua pasukan mengatasi lawan masing-masing secara agregat selepas berakhir separuh akhir kedua, hari ini.KLHC yang dikecewakan Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi final musim lalu, terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya meraih tiket final sekali lagi selepas menewaskan TNB menerusi penentuan penalti 8-7.
KLHC memenangi perlawanan hari dengan keputusan 4-3 untuk memadam kelebihan 3-2 yang dimenangi TNB pada aksi separuh akhir pertama sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 6-6 secara agregat.
Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti yang akhirnya memihak kepada KLHC.
Sementara itu, UniKL mara ke final menerusi agregat 6-3 meskipun sekadar seri 2-2 dengan THT, hari ini.
Ketua jurulatih KLHC, Lim Chiow Chuan nyata berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan barisan pemainnya kerana dilihat bersungguh-sungguh untuk mara ke pentas final.
“Ketika kami mendahului 3-1, saya rasa keputusan akan memihak kepada KLHC. Tapi selepas berlaku situasi kucar kacir dengan pemain gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang menerusi pukulan sudut penalti, ia memberi tekanan kepada kita.
“Mujur setiap pemain kekal tenang dan menjalankan tanggungjawab masing-masing sehingga ke penentuan penalti.
“Akhirnya kemenangan memihak kepada kami. Kini kami perlu kembali fokus untuk perlawanan final pula,” katanya.
TNB di depan menerusi pukulan sudut penalti Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan minit ke-11 tetapi Thomas Carson menyamakan kedudukan minit ke-15 menerusi pukulan sudut penalti.
Jang Jonghyun kemudian menyempurnakan penalti stroke minit ke-24 sebelum Mohd Syamim Mohd Yusof menjaringkan gol padang minit ke-30 untuk meletakkan KLHC mendahului TNB 3-1 buat seketika.
Penyerang TNB, Tengku Ahmad Tajuddin Abd Jalil kembali merapatkan jurang hasil pukulan sudut penalti minit ke-38 sebelum Syed Mohamad menjadikan kedudukan 3-3 minit ke-40.
Muhammad Razie Abdul Rahim akhirnya kembali meletakkan KLHC di depan pada minit ke-56 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Sementara itu, UniKL yang selesa dengan agregat 4-1 pada separuh akhir pertama, terus memberi tekanan kepada THT selaku juara bertahan apabila di depan seawal minit ke-2 menerusi jaringan padang Jeroen Dolf Hertzberger sebelum Glenn Stewarts Turner menjadikan kedudukan 2-0 minit ke-23, juga menerusi gol padang.
Gonzalo Peillat merapatkan jurang dengan menyempurnakan penalti stroke minit ke-28 sebelum dia menjaringkan gol penyamaan minit ke-54.
Piala TNB
Separuh akhir kedua
TNB 3 KLHC 4
(KLHC menang penentuan penalti 8-7 selepas terikat agregat 6-6)
UniKL 2 THT 2
(UniKL menang menerusi agregat 6-3 )
Sabtu
Penentuan 3/4
TNB lwn THT, 6 ptg
Final
KLHC lwn UniKL, 8.30 mlm
* Padang 2, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil