Young Guns triumph over Johor Juniors
April 10, 2017MBPJ Tigers, Young Guns dominate
April 14, 2017KUALA LUMPUR (14 April, 2017): Pasukan di bawah program Tenaga Nasional Berhad (TNB), Thunderbolts Anderson yakin untuk mempamerkan aksi bertenaga menjelang perlawanan sulung mereka dalam saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNBMJHL) menentang MBPJ Tiger pada Ahad ini di padang hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat.
Pada tahun lalu, empat pasukan Thunderbolts mendominasi saingan TNBMJHL apabila Thunderbolts SSBJ muncul juara, tempat kedua dihuni oleh Thunderbolts SSTMI dari Johor. Sementara tempat ketiga menjadi milik Thunderbolts SSP-MSP dari Pahang yang menang ke atas Thunderbolts Anderson pada saingan lepas.
Setelah berada di kedudukan keempat dalam TNBMJHL musim lalu, jurulatih Thunderbolts Anderson, Mohd Nizam Mohd Hashim menagih sentuhan anak buahnya untuk sekali lagi menyerlah pada saingan kali ini.
Menurut Nizam, pemain-pemainnya telah berlatih bersama sejak beberapa bulan lalu sebagai persediaan menghadapi TNBMJHL dan berharap segala perancangan akan menghadirkan kejayaan buat pasukan yang berpangkalan di Perak itu.
Nizam berkata, “Kita telah mula berlatih sejak bulan Februari lagi untuk liga ini (TNBMJHL) dan pada masa yang sama beberapa pemain juga telah beraksi dalam liga utama (TNBMHL) untuk pasukan MBPJ dan juga Thunderbolts. Saya harap pengalaman mereka akan membantu rakan sepasukan lain dalam saingan liga remaja ini nanti”.
“Bagi saya, pasukan Thunderbolts Anderson sudah pasti sudah bersedia untuk menghadapi saingan liga. Dua pemain kami juga sedang berada di India bersama skuad MSSM dan layak ke final Kejohanan Hoki Bawah 18 Tahun Asia di sana,” kata jurulatih berusia 49 tahun itu.
Jurulatih itu menambah, dia tidak mahu meletakkan sasaran yang terlalu tinggi kerana beberapa pasukan khususnya yang berada di bawah program TNB (Thunderbolts) memiliki kelebihan tersendiri. Namun, jurulatih itu tetap mahu anak buahnya layak sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.
“Pada tahun ini kita sekali lagi mensasarkan untuk ke separuh akhir dahulu sebelum merangka strategi seterusnya jika ke final. Lagipun lebih kurang 12 pemain yang sama tahun lepas ditambah pemain dari skuad junior, saya berharap kami dapat mencapai sasaran”.
“Kita jangkakan saingan sengit dari MBPJ sebab pasukan itu sudah lama bermain bersama. Selain itu pasukan di bawah program TNB seperti Thunderbolts Pahang, Thunderbolts SSTMI dan juga Thunderbolts SSBJ juga memiliki kekuatan tersendiri. Saya rasa mereka mempunyai kelebihan sendiri dengan sokongan TNB membantu dari segi dana dan juga pelbagai teknik kejurulatihan,” katanya yang juga merupakan bekas pengadil hoki kebangsaan.
TNBMJHL sedang berlangsung ketika ini dan empat pasukan semi finalis tahun lalu iaitu Thunderbolts SSBJ, Thunderbolts SSTMI, AHP-MSP-Thunderbolts serta Thunderbolts Anderson sendiri akan turun untuk perlawanan pertama pada Ahad ini.
Jadual TNBMJHL ( Ahad, 16 April 2017):
Div 1- UniKL Young Guns lwn Thunderbolts SSBJ (6.00PM, KLHA)
Div 1- Politeknik Malaysia KPT lwn Thunderbolts SSTMI (5.00PM, MBMB)
Div 1- SSBJ Junior lwn SMK Dato Bentara Luar Johor Juniors (5.00PM, Std. Hoki KPM)
Div 1- Thunderbolts Anderson lwn MBPJ Tiger (5.00PM, SMKGR)
Div 1- Olak Nur- Insafi lwn Thunderbolts AHP-MSP (5.00PM, Std Hoki Pandamaran)
Div 2B- MISCF UFL lwn MCKK (4.00 PM, KLHA)