Pemain Berpengalaman Senjata Bandar Utama Dragons
January 18, 2017Tigress book spot in semi-finals
January 19, 2017Kuala Lumpur (19 Januari 2017): Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mahu terus memburu tiga mata penuh apabila bertemu Maybank pada saingan Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia esok.
Kapten pasukan Mohamad Sukri Abdul Mutalib berkata, pemburuan tiga mata harus diteruskan dalam usaha mereka untuk menduduki tangga teratas liga sebelum berakhir separuh saingan liga musim ini.
“Musim ini kita memang meletakkan sasaran yang tinggi iaitu untuk cuba kekal berada di tangga teratas liga.
“Sebab itu setiap perlawanan amat penting untuk kami meraih tiga mata penuh.
“Begitu juga dengan perlawanan bertemu Maybank, kami tidak mahu mencicirkan sebarang mata kerana ketika ini sedang berusaha untuk menduduki tangga teratas liga.
“Selepas tiga perlawanan, saya boleh katakan kami sudah dapat menemui rentak permainan sebenar dan tahap keserasian antara pemain juga bertambah baik,” katanya.
Sukri bagaimanapun mengakui Maybank yang beraksi pada musim ini dilihat lebih baik berbanding musim lalu.
“Buktinya mereka bukan saja berjaya mara ke final Piala Tan Sri P. Alagendra, malah setakat ini konsisten pada setiap perlawanan liga.
“Pemain import mereka, Nam Hyun Woo adalah bekas pemain KLHC. Dia adalah seorang pakar pukulan sudut penalti yang bagus.
“Kami perlu mengawal gerakannya, begitu juga dengan barisan pemain yang lain,” katanya.
Selepas tiga perlawanan KLHC kini menduduki tempat ketiga Liga Premier dengan meraih tujuh mata.
Sementara Maybank pula pasti mahu bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada TNB pada perlawanan ketiga.
Maybank sehingga kini menduduki tempat kelima dengan meraih enam mata.
Liga Premier
Esok (20 Januari 2017)
SSTMI lwn TNB, 5 ptg
(Stadium Hoki SSTMI)
TNB Thunderbolts lwn THT, 7 ptg
(Stadium Hoki SSTMI)
Maybank lwn KLHC, 6 ptg
(Stadium Hoki MBMB)
UiTM-KPT lwn UniKL, 6 ptg
(Stadium Hoki Pantai)