Chan Peng Soon Teruja Bergandingan Dengan Lee Hyo Jung
January 2, 2017Serdang BC Provides SSPL Shocker with Big Win
January 2, 2017KUALA LUMPUR (2 Januari, 2016): Lima kekalahan sebelum ini sehinggakan meletakkan mereka antara pasukan di dasar saingan SS Purple League (SSPL) nyata bukan penghalang untuk pasukan KB Serdang melakar kejutan malam ini.
Dalam perlawanan keenam liga sebentar tadi, KB Serdang mengejutkan KB Kepong apabila membenam kelab itu dengan keputusan 15-3.
Pemain KB Serdang dari China, Yu Chen terlebih dahulu meletakkan pasukannya di depan apabila menumpaskan wakil KB Kepong, Hafiz Hashim dalam kategori perseorangan lelaki pertama. Yu Chen menang 11-3, 11-10, 8-11, 11-5 (3-1).
Dalam perseorangan wanita selepas itu, KB Serdang terus mengutip mata kemenangan. Kali ini giliran Han Luxuan pula menumpaskan wakil KB Kepong, Tee Jing Yi dengan keputusan 11-9, 11-8, 11-7 (3-0) sekaligus meletakkan KB Serdang selesa mendahului 6-1.
Gandingan KB Serdang, Ong Wei Khoon/ Ooi Zi Heng mengukuhkan lagi kedudukan pasukan mereka dalam beregu lelaki apabila mengejutkan gandingan KB Kepong, Hendra Gunawan/ Tan Chee Tean dengan keputusan 11-10, 11-10, 11-8 (3-0).
Kategori beregu campuran juga menyaksikan penguasaan KB Serdang sekali lagi. Pasangan Liu Lin/ Ou Xuanyi menumpaskan wakil KB Kepong, Mohd Razif Latif/ Peck Yen Wei dengan kiraan 11-5, 11-5, 11-8 (3-0) menjadikan kutipan mata keseluruhan menjadi 12-1.
Pertarungan perseorangan lelaki terakhir melengkapkan kemenangan KB Serdang selepas pemainnya, Lee Zii Jia bangkit menewaskan wakil KB Kepong, Lim Chi Wing dengan keputusan 8-11, 6-11, 11-2, 11-6, 6-1 (3-2) dalam tempoh 30 minit.
Bekas pemain kebangsaan dan jurulatih KB Serdang, Ong Ewe Hock nyata berpuas hati dan mengharapkan pasukannya boleh berada dalam kedudukan yang lebih baik dalam liga pada baki perlawanan selepas ini. Dia berkata, “Saya rasa kita punya pemain terutamanya dalam beregu bermain dengan baik dengan kemenangan 3-0. Jadi satu kredit kepada pasangan beregu kita dan semua pemain secara keseluruhan.
“Sebenarnya, kita tidak mensasarkan kedudukan terlalu tinggi tapi kita akan lakukan yang terbaik untuk mencapai kedudukan enam terbaik saingan Purple League tahun ini,” ujar Ewe Hock selepas tamat perlawanan.
Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung pada sebelah petang tadi, KB Muar terus cemerlang untuk memburu tiket ke perlawanan kalah mati musim ini. Mereka berjaya membelasah Klang City 15-1 sekaligus melonjak ke tangga ketiga liga.
Baki saingan peringkat liga round robin SSPL sedang berlangsung di Stadium Badminton Cheras dari 2 hingga 8 Januari. Seterusnya peringkat kalah mati enam pasukan terbaik liga ini akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands. Tiket boleh didapati secara online melalui laman web ticketcharge.com.my dan boleh dibeli terus di venue pertandingan.
Keputusan Penuh SSPL2016/17 (2 Januari 2017)
(8pm) KB Serdang BC kalahkan KB Kepong 15-3
MS2: Yu Chen kalahkan Mohd Hafiz Hashim 3-1 (11-3, 11-10, 8-11, 11-5)
WS: Han Luxuan kalahkan Tee Jing Yi 3-0 (11-9, 11-8, 11-7)
MD: Ong Wei Khoon-Ooi Zi Heng kalahkan Hendra Aprida Gunawan-Tan Chee Tean 3-0 (11-10, 11-10, 11-8)
XD: Liu Lin-Ou Xuanyi kalahkan Mohd Razif Ab Latif-Peck Yen Wei 3-0 (11-5, 11-7, 11-8)
MS1: Lee Zii Jia kalahkan Lim Chi Wing 3-2 (8-11, 6-11, 11-2, 11-6, 6-1)
(4pm) KB Klang City kalah kepada KB Muar 1-15
MS2: Leong Jun Hao kalah kepada Zulfadli Zulkiffli 0-3 (6-11, 1-11, 6-11)
WS: Nanna Alexandra Vainio kalah kepada Saena Kawakami 0-3 (7-11, 8-11, 2-11)
MD: Low Hang Yee-Muhammad Sufiyuddin kalah kepada Hoon Thien How-Teo Ee Yi 0-3 (5-11, 7-11, 6-11)
XD: Chin Kah Mun-Hoo Pang Ron kalah kepada Chan Peng Soon-Lee Hyo Jung 0-3 (8-11, 3-11, 10-11)
MS1: Chin Wai Kin kalah kepada Lee Hyun Il 1-3 (4-11, 10-11, 11-9, 2-11)