
Star-studded Muar BC Made Lightweight of Klang City BC
January 2, 2017
SSPL 2016/17: KB Serdang Kejutkan KB Kepong
January 2, 2017
KUALA LUMPUR (2 Januari, 2017): Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon mengakui teruja bergandingan dengan Lee Hyo Jung selepas berjaya membantu pasukannya, Kelab Badminton (KB) Muar untuk kembali berada dalam kelompok enam pasukan teratas dalam saingan SS Purple League (SSPL) musim ini.
Dalam perlawanan keenam liga tadi, Chan Peng Soon/ Lee Hyo Jung membawa pasukan KB Muar menang besar mengatasi KB Klang City 15-1.
Chan Peng Soon berkata, “Saya memang teruja bermain dengan Lee Hyo Jung yang mempunyai banyak pengalaman dalam sukan badminton, dia juga bermain habis-habisan jadi mudah untuk saya berpasangan dengan dia untuk menang tadi.
“Saya harap selepas ini, kalau boleh kita mahu layak ke Genting Highlands untuk peringkat kalah mati dan saya menyasarkan sekurang-kurangnya dapat membantu KB Muar muncul naib juara kejohanan Purple League kali ini,” kata Peng Soon ketika ditemui di Stadium KLBA, Cheras.
Dalam pertarungan perseorangan lelaki pertama, KB Muar berjaya mengutip mata awal selepas pemainnya, Zulfadli Zulkiffli menang mudah ke atas KB Klang City yang diwakili pemain remaja negara, Leong Jun Hao dengan keputusan 11-6, 11-1, 11-6 (3-0).
Pemain import KB Muar dari Jepun, Saena Kawakami terus meletakkan pasukannya dalam selesa dalam kategori perseorangan wanita selepas itu. Turun menentang pemain KB Klang City, Nanna Alaxendra, dia menang dengan keputusan 11-7, 11-8, 11-2 (3-0).
KB Muar terus garang dalam kategori beregu lelaki selepas itu. Gandingan Hoon Thien How/ Teo Ee Yi sekali lagi menang mudah 11-5, 11-7, 11-6 (3-0) ke atas pasangan KB Klang City, Low Hang Yee/ Muhammad Safiyuddin.
Gandingan peraih dua medal Olimpik Beijing 2008 dari Korea Selatan, Lee Hyo Jung dan Chan Peng Soon terus meletakkan KB Muar selesa memungut mata dalam beregu campuran. Mereka mengatasi pasangan KB Klang City, Chin Kah Mun/ Hoo Pang Ron 11-8, 11-3, 11-10 (3-0).
Dalam kategori perseorangan lelaki terakhir, seorang lagi pemain dari Korea Selatan, Lee Hyun Il terus mengekalkan rekod kemenangan bersihnya dalam SSPL kali ini. Dia yang mewakili KB Muar menang 11-4, 11-10, 9-11, 11-2 (3-1) ke atas lawannya, Chin Wai Kin dari KB Klang City.
Selepas Cyberjaya, baki saingan peringkat liga round robin SSPL sedang berlangsung di Stadium Badminton Cheras dari 2 hingga 8 Januari. Seterusnya peringkat kalah mati enam pasukan terbaik liga ini akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands. Tiket boleh didapati secara online melalui laman web ticketcharge.com.my dan boleh dibeli terus di venue pertandingan.
Keputusan SSPL2016/17 (2 Januari 2017)
(4pm) KB Klang City kalah kepada KB Muar 1-15
MS2: Leong Jun Hao kalah kepada Zulfadli Zulkiffli 0-3 (6-11, 1-11, 6-11)
WS: Nanna Alexandra Vainio kalah kepada Saena Kawakami 0-3 (7-11, 8-11, 2-11)
MD: Low Hang Yee-Muhammad Sufiyuddin kalah kepada Hoon Thien How-Teo Ee Yi 0-3 (5-11, 7-11, 6-11)
XD: Chin Kah Mun-Hoo Pang Ron kalah kepada Chan Peng Soon-Lee Hyo Jung 0-3 (8-11, 3-11, 10-11)
MS1: Chin Wai Kin kalah kepada Lee Hyun Il 1-3 (4-11, 10-11, 11-9, 2-11)
Jadual perlawanan (2 Januari 2017)
(8pm) KB Serdang BC vs KB Kepong