Puchong United BC Back in Business
December 20, 2016SSPL 2016/17: KB Bandar Utama Dragons Bangkit Tewaskan KB Petaling
December 21, 2016KUALA LUMPUR (20 Disember, 2016): Walaupun terpaksa seri tiga kali dalam perlawanan menentang Kelab Badminton (KB) Serdang, ia nyata bukan penghalang kepada KB Puchong United untuk mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam kempen SS Purple League (SSPL) 2016/17. Mereka menang dengan keputusan 12-7.
Kategori perseorangan lelaki menyaksikan pertembungan menarik antara pemain senior dan junior kebangsaan. Dalam perlawanan sengit itu, Chong Wei Feng mewakili KB Puchong United bertemu Lee Zii Jia yang mewakili KB Serdang terpaksa berkongsi mata dengan keputusan seri 11-9, 9-11, 11-6, 2-4 (2-2) dalam masa 30 minit permainan.
Selepas itu, dalam kategori perseorangan wanita, kedua-dua pasukan sekali lagi terpaksa berkongsi mata selepas 30 minit tempoh permainan. Kali ini pemain KB Puchong United, Pan Lu pula terikat seri dengan pemain KB Serdang, Chen Hsiao Huan dengan kiraan mata 11-4, 4-11, 11-10. 9-10 (2-2).
Apapun keadaan mula berubah dalam kategori beregu lelaki apabila KB Puchong United dilihat mula menguasai perlawanan. Gandingan mereka, Lim Khim Wah/ Low Juan Shen mudah menjinakkan beregu lelaki KB Serdang, Ong Wei Khoon/ Tseng Min Hao dengan keputusan 11-10, 11-9, 11-9 (3-0).
Goh Liu Ying/ Yoo Yeon Seong terus menyumbang mata kemenangan kepada KB Puchong United selepas itu dalam kategori beregu campuran. Mereka berjaya mengatasi pasangan KB Serdang, Afiat Yuris/ Yap Cheng Wen 11-5, 11-8, 9-11, 11-3 (3-1).
Dalam kategori terakhir iaitu perseorangan lelaki, pemain KB Puchong United dari Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk dan Lu Chia Hung juga terikat 2-2. Mereka menghabiskan perlawanan dengan keputusan 11-7, 9-11, 6-11, 5-2 dalam tempoh 30 minit masa permainan seperti ditetapkan dalam setiap perlawanan SSPL.
Walaupun keputusan seri sekali lagi dicatatkan dalam pertarungan terakhir kedua-dua pasukan ini namun ia tidak menggugat KB Puchong United untuk keluar sebagai pemenang perlawanan ini.
Pengurus KB Puchong United, Irina Inozemtseva mengakui lega dengan kemenangan pertama pasukannya kerana misi utama pasukan adalah layak ke peringkat kalah mati. Dia berkata, “Kami memang meletakkan harapan tinggi untuk menang dalam perlawanan ini kerana ia penting untuk mengutip mata maksimum dalam setiap perlawanan.
“Target utama kami memang untuk layak ke perlawanan kalah mati di Genting Highlands nanti, jadi kami perlu menyusun langkah demi langkah dan mengutip mata sekurang-kurangnya menduduki tangga kedua dalam saingan liga untuk terus layak ke separuh akhir saingan SSPL nanti,” ujar pengurus dari Russia itu.
Saingan peringkat liga round robin SSPL sedang berlangsung di Gem In Mall, Cyberjaya dari 12 hingga 31 Disember dan di Stadium Badminton Cheras pada 2 hingga 8 Januari. Seterusnya peringkat kalah mati enam pasukan terbaik liga ini akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands. Tiket boleh didapati secara online melalui laman web ticketcharge.com.my dan boleh dibeli terus di venue pertandingan.
Keputusan SSPL2016/17 (20 Disember 2016)
KB Puchong United kalahkan KB Serdang 12-7
MS2: Chong Wei Feng seri dengan Lee Zii Jia 2-2 (11-9, 9-11, 11-6, 2-4)
WS: Pan Lu seri dengan Chen Hsiao Huan 2-2 (11-4, 4-11, 11-10, 9-10)
MD: Lim Khim Wah-Low Juan Shen kalahkan Ong Wei Khoon-Tseng Min Hao 3-0 (11-10, 11-9, 11-9)
XD: Goh Liu Ying-Yoo Yeon Seong kalahkan Afiat Yuris Wirawan-Yap Cheng Wen 3-1 (11-5, 11-8, 9-11, 11-3)
MS1: Tanongsak Saensomboonsuk seri dengan Lu Chia Hung 2-2 (11-7, 9-11, 6-11, 5-2)