Sapura and THT to meet in TNB Cup final
September 23, 2016Blue Warriors lift Vivian May Soars Cup
September 25, 2016Kuala Lumpur (24 September 2016): Aksi sengit dijangka bakal dipamerkan Terengganu Hockey Team (THT) dan Sapura apabila kedua-duanya bertemu pada final Piala TNB di Stadium Tun Razak esok.
THT di bawah bimbingan Sarjit Singh yang baru saja muncul juara Liga Premier buat kali ketiga berturut-turut, mempunyai satu lagi misi besar untuk mempertahankan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut juga sejak 2014.
Namun mereka pasti bakal menerima tentangan sengit daripada Sapura yang begitu dahagakan kejuaraan sejak kali terakhir muncul juara pada 2006.
Dengan satu gelaran sudah berada dalam genggaman mereka iaitu Piala Tan Sri P Alagendra, Sapura di bawah bimbingan Yahya Atan pastinya mahu menyekat THT daripada menjulang piala berprestij itu buat kali ketiga berturut-turut.
Tonggak pertahanan Sapura dan juga skuad kebangsaan, Faiz Helmi Jali berkata, dia serta rakan sepasukannya sememangnya mengharapkan keputusan memihak kepada mereka.
“Kami memang sudah cukup bersedia sebab sasaran utama sememangnya mahu ke final.
“Cuma kami berdepan sedikit masalah kerana ketiadaan kapten pasukan Marhan (Jalil) di bahagian tengah kerana kecederaan buku lali kiri.
“Ia mungkin akan merencatkan rentak permainan kami sebab Marhan kebiasaannya sangat berfungsi di posisi tengah.
“Jadi siapa saja yang diberi tanggungjawab di bahagian tengah esok perlu mengambil tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya,” katanya yang dijangka akan menggalas tugas selaku kapten menggantikan Marhan.
Sementara itu, kapten THT Mohd Shahrun Nabil Abdullah berkata, dia serta rakan sepasukan sudah bersedia untuk turun pada aksi final esok dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut.
“Kami bermula agak perlahan pada awal saingan liga dan kini prestasi kami semangkit meningkat.
“Sudah tentu kami akan sedaya upaya mahu mempertahankan kejuaraan. Apapun yang berlaku, kami akan memberikan yang terbaik.
“Sapura adalah pasukan yang lebih baik musim ini dan kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka,” katanya.
Piala TNB
Final (25 September 2016)
THT lwn Sapura, 8.30 mlm
Stadium Tun Razak