SSTMI emerge women’s league champions
September 18, 2016THT make second chance count and retain crown
September 18, 2016Kuala Lumpur (18 September 2016) – Terengganu Hockey Team (THT) berjaya menjuarai Liga Premier TNB Liga Hoki Malaysia (TNBMHL) musim ini sekali gus mempertahankan gelaran itu buat kali ketiga berturut-turut.
Kejayaan tersebut hadir selepas wakil Pantai Timur itu berjaya menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-1 pada aksi terakhir liga di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini.aya melakar kebangkitan selepas mempamerkan aksi hambar sewaktu saingan awal musim ini.
“Kami gagal menjadi pesaing pada pusingan pertama liga tetapi kemudian bangkit di pusingan kedua.
“Mempertahankan gelaran buat kali ketiga berturut-turut lebih sukar daripada muncul juara. Saya sangat berbangga dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan setiap pemain saya,” katanya.
THT memperoleh gol pertama menerusi Mohd. Fitri Saari melalui penalti stroke pada minit kelima sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil menggandakan kedudukan buat tuan rumah dengan gol padang (m-18).
Ismail Abu memastikan THT selesa dengan gol ketiga menerusi jaringan padang pada minit ke-32.
Meskipun TNB berjaya meledak satu gol menerusi jaringan padang Muhammad Ramadan Rosli pada minit ke-33, namun ia belum cukup untuk menghalang THT menang dengan keputusan akhir 3-1.
Sementara itu, di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta, Sapura memastikan tempat kedua milik mereka selepas menewaskan Maybank 2-1 hari ini.
Dua gol Sapura berjaya dijaringkan oleh Gurbaj Singh seawal minit pertama dan Phillip Ross Burrows pada minit ke-53.
Gol tunggal Maybank berjaya diperoleh menerusi pukulan sudut penalti Juan Valentino pada minit ke-37.
“Saya tetap berpuas hati tempat kedua kerana kami tewas dengan satu mata sahaja. Pujian harus diberikan kepada semua pemain saya.
“Kami masih ada peluang satu trofi lagi dan kami akan cuba yang terbaik untuk memenangi Piala TNB selepas ini,” kata pengendali Sapura, Yahya Atan.
Liga Premier
THT 3 TNB 1
Sapura 2 Maybank 1
KLHC 4 UniKL 1