Thunderbolt hold edge in President Cup
September 16, 2016SSTMI emerge women’s league champions
September 18, 2016Kuala Lumpur (17 September 2016): Tiga perlawanan terakhir Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia esok cukup menarik kerana kesemua enam pasukan pasti mengharapkan kemenangan dalam usaha untuk merebut tempat selesa ke saingan separuh akhir selain menamatkan saingan liga di kedudukan terbaik.
Bagi tiga pasukan utama iaitu Terengganu Hockey Team (THT), Sapura dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), mereka sememangnya sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir tetapi masih perlu meraih kemenangan bertemu lawan masing-masing esok untuk mendapatkan kedudukan paling selesa menjelang saingan separuh akhir.
THT kini menduduki tangga teratas liga dengan 19 mata, Sapura 18 mata sementara KLHC 17 mata.
Maybank pula dengan meraih 10 mata di tangga keempat, hampir selangkah ke separuh akhir dan kemenangan ke atas Sapura esok akan menjamin tempat mereka dalam kalangan empat pasukan terbaik.
Namun Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang kini menduduki tangga kelima liga, juga masih berpeluang untuk melangkah ke separuh akhir.
Sementara Tenaga Nasional Berhad (TNB) pastinya tetap mahu meraih tiga mata penuh apabila bertemu THT esok meskipun peluang ke separuh akhir sudah tertutup rapat dalam usaha mereka menamatkan saingan liga di kedudukan terbaik.
Bagi kapten KLHC Mohamad Sukri Abdul Mutalib, dia serta rakan sepasukan mahu meraih tiga mata penuh apabila bertemu UniKL dalam usaha mereka meraih kedudukan paling terbaik.
“Memang kami tiada pilihan lagi selain perlu mencatatkan kemenangan ke atas UniKL sambil mengharapkan keputusan tidak memihak kepada THT dan Sapura.
“Kami gagal beraksi dengan baik apabila tewas kepada TNB pada perlawanan terakhir dan kami mahu menebus kesilapan itu apabila bertemu UniKL esok.
“Tapi kami juga tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka kerana dalam saingan liga musim ini kesemua pasukan termasuk UniKL mempunyai kekuatan yang seimbang,” katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj sedar peluang untuk ke saingan separuh akhir agak tipis namun beliau tidak mahu barisan pemainnya cepat menyerah kalah.
“Sudah pasti satu lagi tugas suka bertemu KLHC kerana mereka sebuah pasukan yang cukup berpengalaman.
“Kami akan cuba mengamalkan corak permainan pantas dan menyerang sejak dari awal permainan lagi kerana kami juga ada misi untuk cuba meraih tempat ke separuh akhir,” katanya.
Liga Premier
Esok (18 September 2016)
THT lwn TNB
Stadium SHBB, 5.30 ptg
KLHC lwn UniKL
Stadium KLHA, 8 mlm
Sapura lwn Maybank
Stadium Tun Razak, 6 ptg