ADNAN SAIDIN: MANFAATKAN STL, LAHIRKAN LEBIH RAMAI RAJA LIBAS
November 21, 2014InstaPutra juara pusingan ketiga SepakTakraw League (STL)
November 23, 2014ALOR SETAR (22 NOVEMBER 2014): Penganjuran SepakTakraw League (STL) perlu bersifat sebagai liga yang lebih panjang jika mahu mengembalikan kemeriahan dan kegemilangan arena takraw tanah air, seterusnya merealisasikan hasrat melangkah ke era profesional.
Tekong berpengalaman yang juga bekas ketua pasukan sepak takraw kebangsaan, Mohamad Fazil Asri berpendapat tempoh pendek liga yang berlangsung selama tiga bulan mungkin tidak cukup untuk memberi impak maksima kepada para peminat mahupun pemain sendiri yang ketika ini begitu teruja dengan revolusi yang dibawa STL.
“Sudah tentunya saya menyambut baik penganjuran STL, usaha ini sudah cukup bagus tetapi untuk kita melangkah menjadi profesional, liga STL ini mungkin boleh dikembang menjadi liga yang berlangsung lebih lama. Mungkin selepas ini boleh buat lagi panjang dengan membabitkan lebih banyak venue.
“Di peringkat awal mungkin sedikit sukar untuk melaksanakannya kerana ia perlukan perancangan terperinci, perlu menilai pelbagai aspek tetapi ini baru permulaan dan selepas ini mungkin akan ada penambahbaikkan. Selepas itu barulah kita akan nampak munculnya lebih ramai bakat-bakat baru kerana untuk melahirkan bintang bukan boleh dibuat dalam masa singkat,” jelas Fazil.
Fazil, 24, yang baru-baru ini terlepas peluang mewakili skuad kebangsaan di Sukan Asia Incheon, beraksi mewakili pasukan InstaPutra (ITP) di STL Zon Utara di Kedah yang membuka tirainya pada hari ini.
Selain Fazil, seorang lagi pemain kebangsaan, Shafirul Nizam Zainal turut beraksi mewakili IL-MPSJ selain kelibat beberapa bekas pemain kebangsaan antaranya Arif Busu, Nazirul Ikram Rozali, Khairuddin Adnan dan Noor Hisham Abdul Ghani.
Selepas 16 pasukan masing-masing mengambil bahagian di pusingan pertama dan kedua yang melabuhkan tirainya di Kuala Terengganu minggu lalu, sebanyak 16 lagi pasukan mengambil bahagian di pusingan ketiga yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim. Kesemua perlawanan peringkat kumpulan berlangsung pada Sabtu, manakala aksi suku akhir, separuh akhir dan akhir kesemuanya akan berlangsung pada Ahad.
Johan bagi dua pusingan yang berlangsung di Kedah pada 22 & 23 serta 29 & 30 November akan mengiringi juara pusingan pertama, Mazatech A dan juara pusingan kedua, ATM ‘F’ untuk beraksi di pusingan Grand Finals yang akan berlangsung pada Januari 2015, manakala pasukan yang muncul naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan layak untuk beraksi di pusingan play-off.
JADUAL:
Kedah – (Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar; 22-23 Nov & 29-30 Nov).
Johor – (Stadium Tertutup Pasir Gudang; 13-14 Dis & 20-21 Dis).
Melaka – (Stadium Majlis Perbandaran Melaka, Bukit Seringit; 27-28 Dis, 2014 & 3-4 Jan, 2015).
Grand Final – (Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur; 10-11 Jan & 17-18 Jan, 2015).
Dikeluarkan oleh Shekhinah PR bagi pihak Asia Sports Ventures.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Christopher Raj
chris@shekhinah.my
012 – 2161881