
BEYOND BOUNDARIES: SEBA AWARDS 2024 CELEBRATES ASEAN’S FINEST ENTREPRENEURS
November 15, 2024
MANCHESTER UNITED RETURNS TO MALAYSIA AFTER 16 YEARS FOR MAYBANK CHALLENGE CUP
April 11, 2025
Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dengan bangganya mengumumkan bahawa Kim Sang-sik, ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam sebagai pengendali pasukan ASEAN All-Stars untuk kejohanan Maybank Challenge Cup—iaitu perlawanan persahabatan antarabangsa bersejarah menentang pasukan Manchester United pada 28 Mei 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia.
Sememangnya perlawanan ini bukan sekadar pertarungan bola sepak sebaliknya ia turut melambangkan kepimpinan, kebanggaan serantau, dan perpaduan menerusi sukan.
Kepimpinan Kim terbukti dibina atas nama integriti, disiplin dan visi. Lebih-lebih lagi selepas berjaya membimbing Vietnam merangkul kejuaraan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 menerusi kempen tanpa kalah sepanjang kejohanan terbabit.
Justeru, dengan rekod kecemerlangan yang baik selain turut menerima keyakinan utuh dalam seluruh komuniti bola sepak, Kim seterusnya dipilih sebagai calon terbaik mengemudi ASEAN All-Stars.
“Dipilih untuk mengemudi pasukan dari kalangan barisan pemain terbaik ASEAN untuk beraksi dalam perlawanan berskala besar seumpama ini, adalah satu penghormatan buat saya,” kata Jurulatih Kim Sang-sik.
“Kami bukan sekadar mewakili negara kami, tetapi kami secara bersama membuktikan kepada dunia akan kebanggaan, semangat, dan kekuatan seluruh rantau ini,” katanya lagi.
Selepas 16 tahun, Manchester United kembali dalam satu pertarungan epik yang dijangka menarik puluhan ribu peminat pelbagai bangsa dan budaya sekaligus mempamerkan pembangunan bola sepak yang semakin meningkat di rantau ASEAN.
Lebih-lebih lagi, antara tujuan utama perlawanan ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi badan amal serantau. Inisiatif ini secara tidak langsung membuktikan komitmen AFF dalam memberi impak positif di tugasan luar padang.
Presiden AFF Mejar Jeneral Khiev Sameth berkata, “Jurulatih Kim adalah simbol kemajuan dan profesionalisme. Kepimpinannya memberi inspirasi bukan sahaja kepada pemain kami, bahkan seluruh generasi pemain bola sepak termasuk peminat.
“Perlawanan ini adalah detik kebanggaan serantau yang mana ia turut membuktikan bola sepak mampu meningkatkan daya hidup.
“Bagi pihak AFF, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ProEvents atas usaha mereka menganjurkan perlawanan ini. Terima kasih juga kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sebagai tuan rumah serta ahli gabungan AFF. Tidak dilupa juga kepada Maybank atas tajaan jenama mereka. Sumbangan kolektif mereka ini sangat penting dalam menghidupkan acara yang luar biasa ini.” katanya.
Pasukan ASEAN All-Stars bakal menampilkan pilihan pemain terbaik dari kesemua 12 ahli gabungan AFF. Pemilihan ini mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan kolektif bola sepak Asia Tenggara.
Dengan sokongan padu daripada ProEvents, FAM dan penaja utama Maybank, Maybank Challenge Cup ingin tampil dengan misi menjadi salah satu acara sukan paling bermakna dan diingati sepanjang tahun ini.
Untuk Pertanyaan Media, Sila Hubungi:
ShekhinahPR (012 492 0079)