
ARIFFIN NAZRI, DANIA SOFEA EMERGED VICTORIOUS AT THE 2023 JOHOR CLOSE BADMINTON CHAMPIONSHIP
January 8, 2023
SARAWAK IS READY TO HOST PREMIER INTERNATIONAL SILAT CHAMPIONSHIP 2023
January 9, 2023
PONTIAN (8 JANUARI): Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 telah melabuhkan tirainya dengan beberapa pertarungan sengit yang dipamerkan oleh para peserta di DBC Sport Arena, Pontian, hari ini.
Seperti yang diramalkan, Ariffin Nazri berjaya mengatasi tentangan sengit dari rakan seperjuangan beliau di kem badminton Johor, Wee Yee Tern. Set pertama menyaksikan Ariffin terpaksa berhempas pulas untuk menang 21-19.
Di set kedua, Yee Tern mencuba untuk mengheret Ariffin ke set penentuan namun Ariffin mengekalkan konsetrasi dalam permainan serta memberikan aksi bertenaga untuk mengatasi Yee Tern dengan hasil kemenangan 21-17 bagi menebus kehampaan apabila terlepas gelaran juara kepada abangnya pada edisi lepas

(paling kiri) Setiausaha Agung Persatuan Badminton Johor, Muhammad Fadhil Samihan, (empat dari kanan) Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), EXCO Negeri Johor (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor), YB Mohd Hairi bin Mad Shah, dan (paling kanan) Presiden Persatuan Badminton Johor (JBA) Mat Rasid Jahlil, bergambar bersama para pemenang acara perseorangan lelaki bawah-21 tahun.
Ariffin yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Sepanyol berkata “Saya berbangga dengan kemenangan saya hari ini. Bukan mudah untuk mara ke peringkat akhir. Pertarungan yang sukar diberikan oleh Yee Tern.”
Dalam pada itu, perseorangan remaja wanita Johor, Dania Sofea Zaidi membuktikan statusnya selaku pemain harapan buat kem badminton Johor apabila berjaya mempertahankan gelaran juara edisi lepas.
Dania Sofea tidak berdepan kesukaran untuk menewaskan lawannya, Lai Eyun 21-7, 21-10 dalam pertarungan selama 22 minit.

(Kiri) EXCO Negeri Johor (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor), YB Mohd Hairi bin Mad Shah, menerima cenderahati daripada (kanan) Presiden Persatuan Badminton Johor (JBA) Mat Rasid Jahlil.
Bagi pemain berusia 16 tahun itu, beliau mahu menjadikan tahun 2023 sebagai tahun terbaik buatnya untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar pemain utama buat negeri Johor.
Bagi pertarungan terakhir kejohanan, acara beregu lelaki bawah 21 tahun menyaksikan pasangan adik beradik Ariffin-Ashraf berjaya membawa pulang kejuaraan menewaskan Wee Yee Hern-Wee Yee Tern, 21-15, 21-19 yang turut disaksikan oleh YB
Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YB Dato’ Haji ‘ On bin Jabbar, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Encik Nor Syazlan bin Abdul Razak dan Presiden Persatuan Badminton Johor, Encik Mat Rashid bin Jahlil.
Senarai Pemenang Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023
Perseorangan Lelaki Bawah 21 Tahun
Juara: Ariffin Nazri Zakaria
Naib Juara: Wee Yee Tern
Perseorangan Perempuan Bawah 21 Tahun
Juara: Lim Shin
Naib Juara: Seong Ler Yee
Beregu Lelaki Bawah 21 Tahun
Juara: Muhammad Ariffin Nazri Zakaria-Muhammad Ashraf Daniel Zakaria
Naib Juara: Wee Yee Hern-Wee Yee Tern
Beregu Perempuan Bawah 21 Tahun
Juara: Hoe Shi Yun-Zuraini Nazri
Naib Juara: Chong Kei Wee-Koh Yu Wen
Perseorangan Lelaki Bawah 16 Tahun
Juara: Chen Jia Le
Naib Juara: Kong Wen Zhuo
Perseorangan Perempuan Bawah 16 Tahun
Juara: Dania Sofea Zaidi
Naib Juara: Lai Eyun
Beregu Lelaki Bawah 16 Tahun
Juara: Chen Jia Le-Yap Jen Wee
Naib Juara: Siau Yu Hang-Daniel Tan Ying Enn
Beregu Perempuan Bawah 16 Tahun
Juara: Lai Eyun-Dania Sofea
Naib Juara: Koh Yi Rou-Yap Yi Ning
Beregu Lelaki Bawah 14 Tahun
Juara: Goh Wei Zhan-Alfred Phua Ze Zuan
Naib Juara: Kua Ming Ze-Kua Wei Ze
Perseorangan Perempuan 14 Tahun
Juara: Low Zi Yu
Naib Juara: Hasyni Devi Sahathevan
Perseorangan Lelaki Bawah 14 Tahun
Juara: Kua Ming Ze
Naib Juara: Albee Loh Cheng Yi
Beregu Perempuan Bawah 14 Tahun
Juara: Auni Fatihin Azuan- Low Zi Yu
Naib Juara: How Yin Xuan-Teo Pei Ning