JOHOR’S POWERPACK PLAYERS HIT PURPLE PATCH AT THE 2023 JOHOR CLOSE BADMINTON CHAMPIONSHIP
January 6, 2023DANIA SOFEA AND ARIFFIN NAZRI CRUISED TO THE 2023 JOHOR CLOSE BADMINTON CHAMPIONSHIP FINALS.
January 7, 2023PONTIAN (6 Januari): Hari kedua Kejohanan Badminton Johor Tertutup 2023 menyajikan beberapa aksi mendebarkan dari para peserta yang meneruskan saingan mereka pada hari ini. Saingan di DBC Sport Arena menyaksikan pemain pilihan utama kejohanan, Ariffin Nazri Md Zakaria, mendominasi gelanggang dengan mengalahkan Wee Yee Hern, 21-17,21-17 dalam kategori Perseorangan Lelaki B21 bagi perebutan tiket ke suku akhir.
Pada permulaan saingan, Ariffin Nazri menampilkan permainan yang bertenaga apabila mendahului, 8-2. Namun, Yee Hern berhempas pulas dalam permainannya untuk menyekat kemaraan Ariffin apabila berjaya mendahului, 9-16.
Saingan kembali rancak apabila Ariffin Nazri mempamerkan kematangan beliau di dalam permainan apabila mudah mengatasi Yee Hern di set pertama, 21-17. Yee Hern bagaimanapun tidak mudah berputus asa namun terpaksa akur dengan kehebatan lawannya apabila tewas di set kedua, 21-17.
Ariffin Nazri ketika ditemubual berkata “Saya berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan namun ada beberapa aspek dalam permainan yang harus diperbaiki untuk meneruskan misi dalam kejohanan ini.”
Apabila ditanya mengenai pencabar utama dalam saingan kali ini, beliau menamakan Azuan Amirul Imran sebagai pencabar utama dalam kejohanan ini.
Baru-baru ini, Ariffin Nazri yang menamatkan saingan di Pusingan 64 dalam Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Sepanyol juga menyatakan penghargaan beliau kepada Persatuan Badminton Johor, “Saya berterima kasih kepada JBA di atas penganjuran kejohanan yang memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili kebangsaan dan bersaing di peringkat negeri secara kompetitif.”
Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 edisi ke -11 akan berlangsung dari 5 hingga 8 Januari dengan lebih 600 peserta menghangatkan saingan di DBC Sport Arena, Pontian. Johor.