Unlucky Mitchell vows to bounce back in Germany
August 17, 2019Malaysia Tewas 1-3 Kepada Jepun
August 18, 2019Aksi pembukaan Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Tokyo 2020 “Ready Steady Tokyo Hockey Test Event” yang membuka tirai hari ini di Stadium Hoki Oi, Tokyo Jepun menyaksikan skuad negara tewas 0-6 kepada pasukan di ranking kelima dunia, India.
Pengendali negara, Roelant Oltmans menyifatkan persembahan ketika memulakan aksi dan juga pada suku terakhir memainkan peranan penting ketika turun bertemu lawan.
“Setiap lawan adalah berbeza namun semuanya bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan ketika bertemu setiap lawan terutamanya ketika di suku pertama dan terakhir di mana kami tidak mempamerkan kualiti yang terbaik.
“Bertemu Jepun esok, semuanya bergantung kepada kami bagaimana untuk kami menunjukkan satu kualiti perlawanan yang sepatutnya,” jelasnya ketika dihubungi selepas perlawanan.
Enam gol yang dihasilkan oleh pasukan India bermula dengan gol menerusi pukulan sudut penalti yang dijaringkan pada minit kelapan oleh Varun Kumar sebelum Gursahibjit Singh menambah jaringan menerusi gol padang pada minit ke-18.
Mandeep Singh terus melebarkan jurang kedudukan apabila menjaringkan dua gol padang pada minit ke-34 dan 47 sebelum Gursahibjit Singh menjaringkan gol peribadi keduanya pada perlawanan ini untuk kedudukan menjadi 5-0 pada minit ke-56.
Beberapa saat sebelum perlawanan berakhir, Sunil Sowmarpet mencatat nama selaku penjaring keenam yang juga sekaligus menyaksikan kedudukan 6-0 kekal menutup pertemuan hari ini.
Esok skuad negara akan turun bertemu Jepun pada jam 5.30 petang waktu Malaysia.