RSC announce dedicated bank account number for the 1972 OLYMPIC FOOTBALL TEAM WELFARE FUND
August 3, 2019Malaysia Dan England Terikat Seri
August 4, 2019Kelab Diraja Selangor (RSC) hari ini mengumumkan nombor akaun bank berdedikasi untuk orang ramai menderma ke arah TABUNG KEBAJIKAN PASUKAN BOLA SEPAK OLIMPIK 1972.
Tabung khas ini telah dilancarkan pada 26 July 2019 sempena kejohanan 19th RSC-Tiger International Soccer 7s dan 17th RSC-Milo Under-12 International Soccer 7s 2019.
Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk menghormati wira-wira 1972 dan ia adalah hasil kerjasama Kelab Diraja Selangor bersama Persatuan Bekas Pemain Negeri dan Bekas Pemain Negara Malaysia.
Hadir pada majlis pelancaran pada minggu lepas dan juga untuk majlis perasmian RSC International Soccer 7s tournament di Bukit Kiara pagi ini adalah President RSC, Sylvester Devaraj Anthony, Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pemain Negeri & Bekas Pemain Negara Malaysia, Datuk N. Thanabalan dan Datuk Santokh Singh yang merupakan pemain dari Pasukan Bolasepak Olimpik 1980 di Moscow.
Menurut Sylvester, kejohanan pada tahun ini akan didedikasikan khusus untuk wira negara dari pasukan bolasepak 1972. Dia juga turut berpandangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur harus memainkan peranan masing-masing bagi memberi bantuan kepada wira negara ini.
“Mereka telah mengharumkan nama negara dan mereka wajar untuk diberi penghormatan,” kata Sylvester.
Kejohanan antrabangsa ini yang dianjurkan sejak tahun 2001 menyaksikan penyertaan pasukan bolasepak dari Australia, Brunei, India, Indonesia, Korea, Maldives, Belanda, Singapura, Sri Lanka, dan Thailand.
Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memupuk tali persahabatan melalui bolasepak untuk semua peringkat umur, termasuklah dari ahli keluarga, sahabat dan juga penyokong yang tidak pernah gagal untuk hadir member sokongan sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Kejohanan ini akan menampilkan tiga kategori- Bawah-12, Masters (40 tahun dan keatas), dan Grand Masters (50 tahun dan keatas). Untuk kejohanan kali ini, sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi Bawah-12, 12 pasukan bagi kategori Masters manakala 14 pasukan akan berentap dalam kategori Grand Masters.
Venue utama kejohanan bagi edisi kali tahun ini dijadualkan akan berlangsung Sports Annexe, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara dari 3 hingga 4 Ogos. Pihak Tiger telah berbesar hati untuk memberi penajaan untuk kategori senior manakala Milo menjadi penaja utama bagi kategori Bawah-12.
Untuk menyumbang:
Bayar kepada: Royal Selangor Club
Bank: Maybank (No. Akaun: 0140 1151 8634)