Siri Ujian: Malaysia Beri Tentangan Hebat Pada Aksi Penutup
April 11, 2019FIH Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019: Keyakinan Saya Cukup Tinggi Pada Mereka — Roelant
April 19, 2019KUALA LUMPUR (17 April 2019): Satu sidang media sempena mesyuarat terakhir pengelolaan kejohanan dan memperkenalkan penaja Kejohanan FIH Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 telah berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses hari ini
Dalam sidang akhbar tersebut, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato Sri Subahan Kamal melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan oleh para penaja khususnya untuk memastikan kejohanan FIH Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 di negara ini berjalan dengan sempurna.
Subahan berkata, “Saya ingin berterima kasih kepada semua penaja dan sekali lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus tampil memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap sukan ini. Pelbagai inisiatif dilakukan untuk mendekatkan penyokong dengan hoki.”
“Selain itu, penajaan baru daripada pihak Unitar International University dan Orion IXL Berhad menunjukkan mereka yakin dengan kemajuan industri sukan di negara ini,” kata Subahan.
Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek pula berkata, “Bagi pihak TNB, kami sekali lagi berbesar hati bersama KHM sebagai rakan strategik. Hubungan kami dengan KHM sudah lama malahan hoki juga begitu sinonim dengan TNB.”
“Oleh itu, marilah kita sama-sama mendoakan pasukan hoki kebangsaan berjaya sekaligus dapat bermain di kancah Olimpik,” ujarnya.
Platform atas talian turut digunakan TNB bagi mendekatkan penyokong dengan pasukan hoki kebangsaan menerusi penyediaan kandungan menerusi media sosial iaitu Hokita.
Untuk menyemarakkan lagi sokongan, pelbagai hadiah menarik disediakan oleh para penaja buat peminat. Pendaftaran di aplikasi Stubapp akan membolehkan peminat berpeluang memenangi hadiah menerusi pertandingan yang disediakan.
Bagi penaja seperti Unitar International University, biasiswa berjumlah RM100,000 menanti para penyokong bertuah menerusi Tricks and Stunts Contest.
Selain itu, Impiana Hotel Ipoh juga menyediakan penginapan 3 hari 2 malam percuma kepada sembilan pemenang terpilih yang berselfie atau wefie dengan menarik semasa kejohanan berlangsung. Secara keseluruhan, KHM menerima penajaan daripada TNB berjumlah RM500,000 dengan RM300,000 adalah wang tunai dan RM200,000 menerusi lain-lain penajaan.
Antara barisan penaja yang tampil bersama KHM kali ini adalah Tenaga Nasional Berhad selaku penaja utama, Unitar International University dan Orion IXL Berhad selaku rakan penaja nasional dan 100 PLUS, Stubapp serta Hotel Palace of Golden Horses selaku pembekal nasional.
Pasukan hoki negara akan membuat perhitungan memburu tempat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 26 April-4 Mei ini dalam kumpulan B bersama lawan iaitu China, Brazil dan juga Itali sementara empat lagi pasukan iaitu Kanada, Austria, Wales dan Belarus pula akan bersaing dalam kumpulan A.