Kian Mei-Pei Jing fought valiantly but it wasn’t to be
April 6, 2019Lin Dan juarai Terbuka Malaysia 2019, Pencapaian Kian Meng-Pei Jing Beri Petanda Positif
April 7, 2019Malaysian Tigress turun untuk aksi ujian kedua hari ini bertemu lawan yang sama India di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan perlawanan berkesudahan dengan skuad wanita negara tewas 0-5 di tangan lawan mereka.Walaupun bolos lima gol, tetapi barisan pemain negara mempunyai beberapa peluang menerusi pukulan sudut penalti dan juga gerakan padang untuk menghasilkan jaringan namun penyudahan yang kurang menjadi menghalang mereka daripada meledak sebarang gol.
Skuad negara mendapat peluang terbaik untuk berada di hadapan terlebih dahulu pada minit kelapan namun penyudahan menerusi gerakan padang daripada Nuraslinda Said yang berada di sebelah kanan pintu gol lawan yang melakukan satu pukulan ke sudut sebelah kiri gawang lawan sedikit tersasar keluar.
Sebaliknya berselang empat minit kemudian India berjaya untuk membuka tirai jaringan hasil gol padang Navjot Kaur untuk India dihadapan 1-0.
Di penghujung suku pertama perlawanan, tiga kelebihan pukulan sudut penalti dimiliki Malaysian Tigress untuk mereka cuba mengikat kembali kedudukan namun ianya tidak berjaya untuk diterjemahkan kepada jaringan.
Minit ke-20 India terus melebarkan jurang kedudukan menerusi satu pukulan kilas Vandana Katariya yang berjaya menemui sudut bawah sebelah kanan pintu gol negara untuk Farah Ayuni Yahya tertawas buat kali kedua.
Seminit sebelum aksi separuh masa pertama tamat, India terus menggandakan jaringan apabila biasan daripada kayu Navneet Kaur menghasilkan jaringan ketiga buat India selepas dia bijak untuk menghulurkan kayunya menerima bola hantaran rakan sepasukan.
Suku keempat India berjaya untuk terus meledak dua lagi gol bermula dengan jaringan Lalremsiami pada minit ke-54, Nikki Pradhan terus mengubah kedudukan menjadi 5-0 seminit kemudian dan perlawanan berkesudahan dengan lima gol diledak India menerusi gol padang pada siri ujian kedua.
Bagi pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah, dia lebih mementingkan untuk memberikan peluang kepada setiap pemain beraksi agar dapat mengasah keupayaan anak-anak buahnya selain membentuk kelompok pemain terbaik yang mampu memberikan sokongan kepada satu sama lain walaupun pasukannya terpaksa berdepan dengan kekalahan menerusi jaringan yang besar.
“Apa yang penting untuk saya dalam siri ujian ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua pemain beraksi dan menukar penjaga gol.
“Jika saya hanya memikirkan jumlah jaringan pastinya saya tidak dapat memberikan ke semua pemain peluang untuk beraksi kerana takut dibolosi dengan jumlah yang besar.
“India sebuah pasukan yang baik serta tidak mudah untuk menyaingi mereka dan mereka nampak tajam daripada setiap sudut selain hari ini mereka juga nampak lebih bagus dalam melakukan penyudahan jaringan dan berjaya menjaringkan gol yang sememangnya baik.
“Semestinya apa yang saya mahukan adalah pemain memperbaiki setiap kelemahan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan mempunyai keupayaan untuk memberikan sokongan terbaik kepada kesebelasan utama,” jelasnya yang ditemui selepas tamat perlawanan.
Malaysia dan India akan turun untuk aksi ujian ketiga pada Isnin jam 8.00 malam.