Kian Meng-Pei Jing continues gallant run at CAMO 2019
April 5, 2019Kian Mei-Pei Jing fought valiantly but it wasn’t to be
April 6, 2019KUALA LUMPUR (6 April 2019): Biarpun berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir kejohanan badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2019 namun hasrat pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk ke final tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada pilihan kedua kejohanan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping di Axiata Arena, Bukit Jalil tadi.Kemaraan Kian Meng-Pei Jing tersekat setelah mereka kalah straight set dengan keputusan 13-21 17-21.
Di set pertama perlawanan, Kian Meng-Pei Jing memberikan tentangan sengit ketika awal aksi namun segalanya tidak menjadi selepas itu sekaligus memberikan kemenangan kepada lawan 13-21.
Dalam set kedua, mereka sekali lagi cuba untuk melakukan kebangkitan namun lawan dari China yang juga gandingan ranking kedua dunia itu nyata agak liat buat Kian Meng-Pei Jing apabila tewas 17-21.
Walaupun tewas, Kian Meng-Pei Jing memberikan reaksi positif dan mengambilnya sebagai pengalaman terbaik untuk perlawanan akan datang.
Pei Jing berkata, “Selepas tewas dalam aksi hari ini, walaupun kalah namun kita dapat lihat apa perbezaan kita dan mereka. Jadi, perlu berusaha lebih keras selepas ini untuk menghadapi mereka yang berada pada ranking atasan dunia.”
“Saya harap kami dapat kekalkan momentum seperti ini untuk kejohanan yang akan datang. Pemain ada jatuh dan bangun tapi kami cuba untuk membawa semangat seperti ini lagi di atas gelanggang nanti,”katanya.
Kian Meng pula berkata, “Tiada apa tekanan untuk perlawanan ini, kami hanya bermain sehabis mungkin biarpun kami adalah wakil terakhir negara. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir,”ujar Kian Meng kepada media.
Untuk aksi final Terbuka Malaysia esok, antara pemain yang berjaya mara adalah Lin Dan, Chen Long, Tai Tzu Ying, Akane Yamaguchi dan ramai lagi.
Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2019 berlangsung dari 2-7 April 2019 di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah USD 700,000.00.
Tiket dijual dengan lima kategori tempat duduk iaitu premium, lower, upper, VIP dan Superfan (untuk peminat merasai suasana yang lebih unik serta pengalaman lebih dekat dengan pemain, akses ke hospitaliti eksklusif Axiata Arena, poster rasmi yang ditandatangani pemain kebangsaan dan mendapat buku program). Ia boleh dibeli melalui laman sesawang http://www.myticket.asia dan di talian (+603-86050195) atau juga dibeli terus di venue semasa kejohanan ini berlangsung.
Keputusan pemain Malaysia yang beraksi hari ini (Separuh akhir):
XD Wang Yilyu-Huang Dongping (CHINA) mng TAN Kian Meng-LAI Pei Jing 21-13 21-17
Jadual perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2019 Esok:
MS CHEN Long (China) lwn LIN Dan (China)
WS TAI Tzu Ying (Chinese Taipei) lwn Akane YAMAGUCHI (Jepun)
MD LI Junhui-LIU Yuchen (China) lwn Takeshi KAMURA-Keigo SONODA (Jepun)
WD CHEN Qingchen-JIA Yifan (China) lwn DU Yue-LI Yinhui (China)
XD ZHENG Siwei-HUANG Yaqiong (China) lwn Wang Yilyu-Huang Dongping (China)