Kepong BC Ketepikan Serdang BC Untuk ke Separuh Akhir SSPL 2018/19
January 24, 2019Kepong BC checks into the SSPL 2018/19 semifinals
January 24, 2019Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) kekal selaku pendahulu TNB Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2019 apabila terus kebal dengan rekod tanpa kalah mereka dalam kesemua perlawanan dan terbaru menewaskan PKS Uniten 3-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk Kuala Terengganu hari ini.Sementara Kemenangan 4-2 PDRM Blue Warriors ke atas Liaoning Infinite Space Hc (LISHC) pada aksi yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur menyaksikan PDRM Blue Warriors yang sebelum ini berada di kedudukan keempat melonjak naik ke kedudukan kedua liga.
Bagaimanapun kedudukan tersebut dibantu oleh kelebihan jaringan yang dimiliki PDRM Blue Warriors yang kini berkongsi 12 mata bersama-sama PKS-Uniten dan LISHC yang berada di kedudukan ketiga dan keempat.
Ketika turun melayani kunjungan PKS-Uniten hari ini, TLHT berjaya untuk berada di hadapan pada minit ke-12 selepas kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki tidak dipersiakan oleh Jaspreet Kaur namun kedudukan tidak bertahan lama apabila dua minit kemudian giliran PKS Uniten yang dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti mengikat kembali kedudukan selepas Hanis Nadiah Onn memanafaatkan kelebihan tersebut dengan sebaiknya.
Minit ke-26 giliran PKS Uniten untuk berada di hadapan seketika apabila Syasya Rifqah Sanip menjaringkan gol menerusi gerakan padang sebelum Nur Syafiqah Mohd Zain kembali mengikat kedudukan 2-2 juga menerusi gerakan padang pada minit ke-49.
Jaringan kemenangan TLHT hadir pada minit ke-52 apabila Jaspreet Kaur sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti yang dimiliki meraka dan sekaligus kedudukan 3-2 itu meragut harapan PKS Uniten yang pastinya mahu cuba membawa pulang tiga mata.
Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur tidak kurang juga hebatnya apabila tuan rumah PDRM Blue Warrios dikejutkan dengan jaringan pelawat seawal minit kedua menerusi gol gerakan padang Chen Yiming.
Tersentak dengan jaringan itu PDRM Blue Warriors bangkit untuk kembali mengikat kedudukan dan usaha mereka berhasil apabila dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti seminit kemudian dan Nur Afiqah Syahzani Azhar berhasil menjadikan kedudukan 1-1.
LISHC kembali berada di hadapan pada minit kesembilan kali ini hasil jaringan padang Liu Xinyu dan kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel separuh masa dibunyikan.
Bagaimanapun kelebihan yang dimiliki LISHC tidak bertahan lama, Nadia Abd Rahman berjaya untuk kembali mengikat kedudukan 2-2 selepas kelebihan pukulan sudut penalti yang diterima terus digunakan dengan sebaik mungkin.
PDRM Blue Warriors menjaringkan dua lagi gol menerusi gerakan padang menerusi Nuramirah Shakirah Zulkifli pada minit ke-46 dan 52 yang menyaksikan kemenangan 4-2 berpihak kepada PDRM Blue Warriors dalam aksi keenam buat kedua-dua pasukan.
Dalam pada itu, KL Wipers yang bertandang ke Stadium Hoki Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, berjaya mencuri tiga mata dan ia juga merupakan kemenangan pertama buat mereka dalam saingan liga selepas menundukkan tuan rumah, PSHA-MSSPP 3-0 hasil jaringan padang Nuraslinda Said (m’16), Hasya Syahida Saifuddin (m’20) dan Shahiera Syazreen Mohd Saiful (m’52).
Aksi liga wanita akan terus bersambung pada Sabtu, 26 Januari 2019 di mana KL Wipers akan berdepan LISHC, PSHA-MSSPP akan melayani kunjungan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) dan PKS-Uniten akan bertemu PDRM Blue Warriors.