Kepong BC checks into the SSPL 2018/19 semifinals
January 24, 2019Kepong BC, Petaling BC checks into the SSPL 2018/19 semifinals
January 24, 2019GENTING HIGHLANDS (24 Januari 2019): Kelab Badminton (BC) Petaling mengesahkan tempat ke separuh akhir SS Purple League (SSPL) 2018/19 setelah menang 11-6 ke atas Tebrau City BC di Arena Of Stars, Resorts World Genting sebentar tadi.Petaling BC bakal berdepan tugas getir bertemu juara bertahan SSPL, Puchong United esok. Sementara itu, Kepong BC yang juga menang di suku akhir petang tadi bakal bertemu Ampang Jaya BC yang belum pernah tewas dalam SSPL musim ini.
Jan O’ Jorgensen memulakan aksi dengan baik buat Petaling BC dalam acara perseorangan lelaki. Pemain dari Denmark itu meletakkan Petaling BC di depan menerusi kemenangan 3-1 (9-11, 11-6, 11-5, 11-6) mengatasi pemain Tebrau City BC, Adulrach Namkul.
Selepas itu, giliran pemain perseorangan wanita Petaling BC, Yip Pui Yin pula beraksi cemerlang meletakkan pasukannya semakin selesa mendahului 6-2 setelah dia menang 3-1 (11-10, 11-8, 6-11, 11-4) ke atas wakil Tebrau City, Xu Wei.
Apapun, Tebrau City BC tidak mudah menyerah kalah dan mereka bangkit semula untuk menang dalam beregu lelaki. Gandingan Tebrau City dari Thailand, Peeranat Boontun- Boonsak Ponsana menumpaskan pasangan Petaling BC, Man Wei Chong- Shia Chun Kang 3-2(11-9 10-11 11-9 6-11 11-10) namun Petaling BC masih mendahului 8-5 secara keseluruhan.
Petaling BC yang memerlukan kemenangan dalam beregu campuran untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir SSPL berjaya mencapai misi tersebut. Mereka yang menurunkan Chen Tang Jie- Peck Yen Wei menang 3-1 (11-7, 11-7, 5-11, 11-6) mengatasi Tan Jinn Hwa- Pearly Tan Koong Le sekaligus mara ke separuh akhir.
Biarpun berjaya melayakkan diri ke separuh akhir, Ketua Jurulatih Petaling BC, Ismail Saman tetap khuatir dengan sesetengah pemainnya yang mempamerkan aksi kurang memberangsangkan.
Ismail berkata, “Hari ini pemain bermain dengan bagus mengikut pelan cuma saya agak risaukan adalah beregu lelaki kerana mereka belum menjumpai sentuhan. Bertemu Puchong United, mereka sudah tahu kelemahan kita dan saya perlu memperbaiki kelemahan tersebut sebelum beraksi.”
“Pemain beregu lelaki kita iaitu Man Wei Chong- Shia Chun Kang kurang serasi dan kerap melakukan kesilapan mudah. Saya akan memberikan nasihat dan motivasi kepada mereka malam ini sebelum kita turun bertemu Puchong United dalam separuh akhir esok,”kata Ismail.
Kepong BC yang beraksi di sebelah petang menepati ramalan apabila berjaya melepasi peringkat suku akhir SSPL 2018/19 dengan menewaskan Serdang BC 10-4 di venue sama.
Apapun, Kepong BC menerusi Soong Joo Ven bermula agak perlahan selepas tewas dalam aksi perseorangan lelaki. Joo Ven gagal menangkis asakan pemain muda, Leong Jun Hao sekaligus tewas tipis 2-3 (11-5 5-11 10-11 11-6 10-11).
Dalam acara perseorangan wanita selepas itu, Kepong BC mula menunjukkan taring. Pemainnya, Qin Jin Jing dari China mudah menumbangkan pemain Serdang BC, Wei Yawen 3-0 (11-5 11-9 11-7) untuk kembali mendahului keseluruhan 5-3.
Beregu lelaki Kepong BC, Mohd Arif Abdul Latif- Nur Mohd Azriyn Ayub mengukuhkan lagi kedudukan pasukannya apabila mereka mudah mengatasi pasangan Serdang BC, Lwi Sheng Hao- Mohd Syazmil Idham Zainal Abidin 3-0 (11-9 11-8 11-5). Kemenangan itu membolehkan Kepong BC di depan 8-3 secara keseluruhan set.
Kemaraan Kepong BC dinoktahkan oleh pasangan beregu campuran mereka, Petersen Mads Conrad- Wu Qian Qian yang menumbangkan pasangan Serdang BC, Liu Lin- Yap Qar Siong 2-1 (11-10 8-11 11-7). Kemenangan dua set itu sudah cukup untuk membuat lawan tidak terdaya untuk mengejar kedudukan sekaligus membawa Kepong BC ke separuh akhir.
Pusingan akhir SSPL akan berlangsung di Resorts World Genting pada 24-27 Januari 2019. Tiket untuk menyaksikan SSPL boleh didapati di venue perlawanan dan juga menerusi laman sesawang https://www.rwgenting.com/entertainment/shows/Purple-League2019/ .
Bagi pusingan akhir SSPL, tiket dijual pada harga RM 55 dan RM65 untuk orang dewasa manakala RM30 bagi kanak-kanak.
Keputusan Suku Akhir SS Purple League 2018/19 (Pusingan Akhir)
(4pm) Kepong BC 10-4 Serdang BC
MS1 Joo Ven SOONG kk Jun Hao LEONG 2-3 (11-5 5-11 10-11 11-6 10-11)
WS Jin Jing QIN mng Yawen WEI 3-0 (11-5 11-9 11-7)
MD Mohd Arif AB LATIF- Nur Mohd Azriyn AYUB mng Sheng Hao LWI- Mohd Syazmil Idham ZAINAL ABIDIN 3-0 (11-9 11-8 11-5)
XD Mads Conrad PETERSEN – Qian Qian WU mng Lin LIU- Qar Siong YAP 2-1 (11-10 8-11 11-7)
MS2 Chi Wing LIM lwn Tze Yong NG (Not played)
(8pm) Terbrau City BC 6-11 Petaling BC
MS1 Adulrach NAMKUL kk Jan O’ JORGENSEN 1-3 (11-9 6-11 5-11 6-11)
WS Wei XU kk Pui Yin YIP 1-3 (10-11 8-11 11-6 4-11)
MD Peeranat BOONTUN- Boonsak PONSANA mng Wei Chong MAN- Chun Kang SHIA 3-2(11-9 10-11 11-9 6-11 11-10)
XD Jinn Hwa TAN- Koong Le, Pearly TAN kk Tang Jie CHEN- Yen Wei PECK 1-3 (7-11 7-11 11-5 6-11)
MS2 Seng Zoe YEOH lwn June Wei CHEAM (Not played)
Jadual Separuh Akhir SSPL 2018/19 (Esok, 25 Jan 2019)
4.00PM Ampang Jaya BC lwn Kepong BC
8.00PM Petaling BC lwn Puchong United BC
About Malaysia Purple League
Founded in 2013, Malaysia Purple League is a competition platform in support of the Malaysian badminton effort by helping to develop and polish the skills of Malaysian badminton players to raise the level of competitive badminton in Malaysia. The league is an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competition experience, and concurrently strives to engage retired national greats to guide and inspire a new generation of champions. For more information, visit Malaysia Purple League website at http://www.purpleleague.com/