PMM 2019 presents Zii Jia, juniors golden opportunity
January 14, 2019Zii Jia survived early test to book his place in first round
January 15, 2019Aksi TNB Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2019 kini semakin menarik apabila setiap pasukan dilihat sedang memburu mata bagi berada di kedudukan terbaik dan berlumba-lumba untuk mendapatkan kelebihan jaringan dengan meledak gol yang besar dan aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk Kuala Terengganu menyaksikan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) membelasah PSHA-MSSPP 13-0.
Dengan ledakan jaringan yang besar itu juga sekaligus membantu TLHT yang baru menamatkan perlawanan kedua untuk kini berada di tangga teratas liga menerusi 18 gol tanpa bolos selain mengumpul enam mata dan dalam aksi kedua itu Fatin Shafika Mahd Sukri serta pemain import mereka, Jaspreet Kaur menjadi penyumbang gol terbanyak masing-masing dengan empat gol.
Fatin Shafika yang menjaringkan gol pada minit ke-6, 14, 20 dan 49 bersyukur kerana dapat membantu pasukannya dengan meledak emapt gol dan menyifatkan dia hanya melakukan tugasnya sebagai pemain dengan sebaik mungkin dan bersedia untuk menukar setiap peluang yang terhidang kepada jaringan.
“Saya bersyukur kerana dapat menjaringkan empat gol untuk hari ini dan hari ini kami mendapat banyak peluang di depan gol untuk melakukan jaringan.
“Jadi apabila bola berada dengan saya, saya cuba sebaik mungkin untuk melakukan jaringan dan bersedia untuk melakukan tindakan susulan agar jaringan dapat dihasilkan.
“Namun saya masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan penyudahan kami ketika gerakan padang yang saya rasa masih lagi boleh diperbaiki untuk menjadi lebih baik,” jelasnya ketika dihubungi.
Selain Fatin Shafika dan Jaspreet Kaur yang meledak gol pada minit ke-19, 34, 35 dan 41, jaringan TLHT hari ini juga disumbangkan oleh Siti Noor Amarina Ruhani (m’12), Nur Syuhada Suhaimi (m’26), Tuan
Nur Hidayah Tuan Ismail (m’35), Nur Syafiqah Mohd Zain (m’43) dan Man Meet Kaur (m’60).
Sementara aksi yang berlangsung di Padang Hoki Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor turut menyaksikan jaringan besar tercatat apabila pasukan pelawat PDRM-Blue Warriors menundukkan SSTMI 7-0.
Pemain import PDRM-Blue Warriors, Chan Yin Ching Tiffany muncul penjaring hatrik menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke 13,14 dan 26 sementara pemain kebangsaan Norazlin Sumantri menyumbang dua gol pada minit kesembilan dan ke-54.
Dua lagi gol PDRM-Blue Warriors terhasil menerusi jaringan padang Fatin Naimah Zaki pada minit ke-42 serta Nuramirah Shakirah Zulkifli menyumbang gol ketujuh buat PDRM-Blue Warriors dan kemenangan ini juga menyaksikan mereka kini berada di kedudukan kedua dengan mengumpul enam mata hasil 11 jaringan dan satu bolos.
Walaupun tewas kepada Liaoning Infinite Space Hc (LISHC) 0-2, PKS Uniten kini masih berada di kedudukan ketiga terbaik liga dan perjalanan liga yang masih panjang pastinya akan menyaksikan kedudukan setiap pasukan akan terus berubah.
LISHC yang telah menamatkan dua perlawanan dengan dua kemenangan meledak gol pada minit ke-20 menerusi penyudahan pukulan sudut penalti Li Feng dan Sun Yuyuan melengkapkan gol kemenangan buat LISHC juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-31.
Jadual perlawanan keempat, Khamis, 17 Januari 2019.
1700: Stadium Hoki Batu Buruk – TLHT lawan PDRM-Blue Warriors
1700: Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil – PKS Uniten lawan KL Wipers
1900: Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil – LISHC lawan SSTMI