BMBC aims to bounce back next season in SSPL
January 12, 2019PMM 2019 Pentas Buat Zii Jia dan Rakan-Rakan Bukti Kewibawaan
January 14, 2019KUALA LUMPUR (13 JANUARI 2019) : Perlawanan kedua TNB Liga Hoki Malaysia 2019, aksi Liga Perdana yang menemukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Nurinsafi/Kedah Hockey di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menyaksikan TNB berpesta gol apabila membelasah lawannya itu 10-0.Kemenangan itu turut menyaksikan TNB kini berda di puncak liga dengan enam mata selepas dua perlawanan dan telah menjaringkan 14 gol serta satu bolos selain diekori oleh Kelab Hoki Terengganu (THT) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mana masing-masing berkongsi empat mata dikedudukan kedua dan ketiga.
10 gol yang diledak TNB hari ini berpunca menerusi satu daripada tiga pukulan sudut penalti yang dimiliki dan sembilan jaringan padang di mana gol pembukaan TNB yang merupakan pukulan sudut penalti dijaringkan oleh Firhan Ashaari yang melakukan satu flik terus menewaskan penjaga gol Nurinsafi.
Sembilan jaringan padang TNB pula bermula pada minit ke-15 hasil jaringan Norshafiq Sumantri dan kemudiannya diikuti dengan jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (m’18), Shello Silverius (m’19), Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (m’25), Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (m’27), dua gol di jaringkan Mohamad Akhimullah Anuar Esook (m’30 dan 57) diikuti Muhamad Ramadan Rosli (m’47) dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi pada minit ke-48.
Sementara bagi aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu yang menemukan THT dan TNB Thunderbolts menyaksikan THT cemerlang mencatat kemenangan pertama mereka dalam saingan liga apabila menundukkan TNB Thunderbolts 4-0.
Jaringan THT terhasil menerusi dua pukulan stroke, satu pukulan sudut penalti dan satu lagi jaringan padang di mana ianya bermula selepas Faizal Saari berjaya menyudahkan pukulan stroke yang dimiliki dengan cemerlang pada minit ke-18.
Minit ke-24, THT dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti dan Jang Jonghyun menyempurnakan jaringan tersebut sebelum THT sekali lagi dihadiahkan dengan pukulan stroke pada minit ke-48 dan kali ini giliran Mohd Fitri Saari mencatat nama selaku penjaring.
Beberapa saat sebelum wisel penamat ditiupkan, menerusi gerakan padang Muhammad Rashid Baharom menjaringkan gol keempat buat THT dan sekaligus menutup perlawanan dengan tiga mata menjadi milik mereka.
Satu lagi aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak Kuala Lumpur, UniKL turut berjaya memastikan tiga mata di bawa pulang dalam aksi kedua selepas menewaskan UITM 2-1.
UniKL membuka tirai jaringan pada minit ke-40 selepas Mohamad Sukri Abdul Mutalib menjaringkan gol menerusi gerakan padang dan enam minit kemudian, UniKL dihadiahkan dengan pukulan stroke dan Martijn Peter Havenga menyumbang gol kedua buat UniKL.
Seminit sebelum aksi sebenar berakhir, UITM berjaya untuk mencuri satu gol menerusi jaringan padang Mohd Azwar Abd Rahman dan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 2-1 buat UniKL.
Jadual perlawanan ketiga (Jumaat, 18 Januari 2019)
1700: Stadium Hoki Batu Buruk – THT lawan Nurinsafi/Kedah Hockey
1700: Stadium Hoki Tengku Abdullah Bangi – UniKL lawan TNB
1800: Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil – TNB Thunderbolts lawan Maybank