TNB Piala Tun Abdul Razak 2018: Skuad Wanita Selangor dan Kuala Lumpur Buat Pertarungan Di Pentas Final
November 2, 2018PLJ 2018: Ampang Jaya BC Manfaat Aksi Di Laman Sendiri
November 3, 2018Kejayaan Terengganu mengikat Melaka 1-1 pada perlawanan terakhir peringkat round robin, TNB Piala Tun Abdul Razak 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini sudah cukup untuk membawa Terengganu melangkah ke pentas akhir dan bakal bertemu Perak pada Sabtu ini.
Kedudukan terakhir peringkat round robin bagi divisyen satu menyaksikan tangga teratas dihuni Perak dengan 11 mata diikuti Terengganu dikedudukan kedua dengan sembilan mata, Melaka dikedudukan ketiga dengan lapan mata, kedudukan keempat dengan lima mata ialah Kuala Lumpur, seterusnya Johor dikedudukan kelima dengan empat mata dan Pulau Pinang di tangga terbawah dengan tiga mata.
Terengganu dan Melaka turun dengan satu misi yang sama iaitu mahu mendapatkan kemenangan bagi menjamin slot di final dan Melaka terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit keenam menerusi gol padang Amirrullah Zainol bagaimanapun Terengganu kembali mengikat kedudukan selepas Muhd Najmi Farizal Jazlan cemerlang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-18.
Jaringan Najmi Farizal yang mengikat kedudukan dilihat kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus membantu Terengganu untuk membuat penampilan sekali lagi di pentas akhir dan pastinya ia dilihat seperti ulangan bagi edisi 2017 yang turut menemukan Terengganu dan Perak di perlawanan akhir.
Sementara Perak yang turun untuk melengkapkan perlawanan terakhir mereka bagi pusingan round robin mencatatkan keputusan seri 3-3 dengan Johor, sekaligus menyaksikan Johor menamatkan saingan round robin di kedudukan kelima dan akan turun beraksi untuk penentuan kedudukan kelima dan keenam esok bertemu Pulau Pinang yang menewaskan Kuala Lumpur 4-3 dalam satu lagi aksi yang berlangsung hari ini.
Bagi divisyen dua, Kemenangan 2-0 Pahang ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa Pahang untuk beraksi di pentas final bertemu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu ini. Pahang dan PDRM menamatkan pusingan round robin dengan mengumpul 12 mata tetapi perbezaan jaringan meletakkan Pahang di atas dan PDRM di kedudukan kedua.
Dua lagi aksi divisyen dua yang turut berlangsung hari ini menyaksikan PDRM yang telah melangkah ke final tewas 2-3 kepada Selangor sementara Kelantan mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan.
Dalam pada itu, bagi kategori wanita, Pahang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh selepas menundukkan lawan mereka Melaka 4-1 dalam aksi bagi menentukan kedudukan ketujuh dan kelapan yang berlangsung awal pagi tadi.
Jadual perlawanan (2 Nov 18, Jumaat)
Wanita
Penentuan Tempat 5/6
0800: NHS 1 – Terengganu lwn PDRM
Separuh Akhir
1800: NHS 1 – Selangor lwn Pulau Pinang
1800: NHS 2 – ATM lwn Kuala Lumpur
Lelaki
Penentuan Tempat 5/6
Divisyen Satu
1600: NHS 2 – Johor lwn Pulau Pinang
Divisyen Dua
1600: NHS 1 – Kelantan lwn Singapura