Sukan Olimpik Remaja: Skuad Negara Raih Kemenangan Kedua Berturut-Turut
October 9, 2018PLJ2018: Liew Daren can spark Cheras BC to Div 1 title
October 10, 2018Aksi cemerlang terus ditampilkan oleh skuad bimbingan Wallace Tan dalam aksi Sukan Olimpik Remaja 2018 Buenos Aires Argentina bagi acara hoki 5 sebelah yang berlangsung di Taman Olimpik Argentina dan kali ini mereka menewaskan Zambia 7-2 pada perlawanan yang berlangsung hari ini.Sembilan mata penuh dikumpul setakat ini oleh skuad B-18 negara dan mereka telah menjaringkan 25 gol serta bolos empat selain itu untuk perlawanan ketiga ini, Mohamad Akhimullah Anuar Esook terus mencuri perhatian selepas meledak empat gol daripada keseluruhan tujuh gol yang terhasil.
Skuad negara dikejutkan dengn jaringan pembukaan lawan pada minit kedua apabila Dominic Mulenga berjaya melepasi pintu gawang yang dikawal oleh penjaga gol utama negara Muhammad Hamiz Mohd Ahir.
Bagaimanapun jaringan tersebut segera ditutup oleh Muhammad Noor Firdaus Rosdi pada minit ketiga tetapi Zambia kembali mengejar pada minit yang sama dan Dominic Mulenga sekali lagi menjadi penjaring untuk pasukannya.
Ketinggalan 2-1 nyata tidak mendatangkan masalah buat barisan muda negara apabila mereka berjaya untuk kembali mengikat permainan menerusi gol penyamaan yang dijaringkan Akhimullah pada minit kelima.
Sebelum aksi separuh masa pertama ditutup, Malaysia menjaringkan dua gol berturut-turut dalam tempoh seminit apabila Muhammad Amirul Hamizan Azahar meledak gol ketiga negara pada minit kesembilan dan diikuti jaringan Akhimullah seminit kemudian untuk aksi separuh masa pertama ditutup dengan kem negara dihadapan 4-2.
Bersambung separuh masa kedua, tiga lagi gol berjaya dijaringkan oleh skuad muda negara masing-masing menerusi jaringan hatrik Akhimullah pada minit ke-12 diikuti jaringan Syarman Mat Tee pada minit yang sama dan Akhimullah sekali lagi menjaringkan gol yang merupakan gol keempat peribadinya dalam perlawanan ini pada minit ke-19 untuk perlawanan berkesudahan dengan kemenangan milik pasukan negara 7-2.
Lawan yang lebih mencabar akan menanti barisan bawah 18 negara pada awal pagi Khamis (4.00 pagi) waktu Malaysia di mana aksi keempat kumpulan A akan menemukan mereka dengan Argentina dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung pada hari yang sama jam 9.15 malam waktu Malaysia bertemu Poland.