
Cheras BC End Phase 1 with a Bang
January 5, 2018
Serdang BC Break Winless Duck
January 5, 2018
KUALA LUMPUR (5 Januari 2018): Kelab Badminton (KB) Cheras menamatkan saingan round robin mereka dalam perlawanan ketujuh SS Purple League (SSPL) 2017/18 dengan mencatatkan kemenangan 11-7 ke atas KB Petaling di Sports Arena sebentar tadi.
Mengikut kedudukan semasa setakat ini, kedua-dua pasukan sedang menghuni kedudukan ketiga teratas liga dan sudahpun selangkah mara ke peringkat seterusnya. Mereka hanya perlu menunggu keputusan pasukan lain untuk menamatkan perlawanan ketujuh esok bagi memuktamadkan kedudukan enam pasukan terbaik yang layak ke peringkat kedua SSPL.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit sejak acara perseorangan lelaki lagi apabila pemain KB Petaling, Tan Chun Seang dan pemain KB Cheras, Chong Yee Han terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 (10-11, 11-6, 11-10, 5-11).
Pemain perseorangan wanita KB Petaling dari Indonesia, Hera Desiana Rachmawati meletakkan pasukannya di depan 5-2 mendahului set mata keseluruhan. Dia mengatasi pemain KB Cheras, Grace Chua dengan keputusan 3-0 (11-5, 11-3, 11-8).
Bagaimanapun, KB Cheras kembali bangkit di dalam acara beregu lelaki. Pasangan KB Petaling, Ian Wong Jien Sern/ Man Wei Chong gagal menghalang kehebatan gandingan KB Cheras, Danny Bawa Chrisnanta/ Tan Wee Gieen apabila mereka tumpas 0-3 (3-11, 10-11, 6-11). Keputusan itu mengubah pungutan set mata keseluruhan menjadi 5-5.
KB Petaling terus kecewa apabila tewas sekali lagi dalam acara beregu campuran. Kali ini, pemainnya Devi Tika Permatasari/ Irfan Fadhilah kalah 1-3 (11-8, 9-11, 7-11, 9-11) kepada pasangan KB Cheras, Payee Lim Peiy Yee/ Terry Hee Yong Kai. Keputusan itu membolehkan KB Cheras di depan, 8-6.
Hasrat KB Petaling untuk bangkit dalam satu lagi acara perseorangan lelaki tidak menjadi kenyataan.
Biarpun sering bertukar mata, namun perlawanan ini akhirnya memihak KB Cheras apabila Iskandar Zulkarnain tewas 1-3 (6-11, 11-10, 10-11, 2-3) dalam tempoh 30 minit kepada Fikri Ihsandi.
Jurulatih KB Cheras, Nova Armada berkata, “Kemenangan dalam perlawanan terakhir ini penting untuk meningkatkan semangat pemain. Apapun kita sudah layak dalam kedudukan enam teratas, itu lebih penting sebenarnya.
“Untuk peringkat kedua, saya akan kekal dengan pemain sama kerana fokus utama kita adalah di saingan peringkat terakhir nanti iaitu di Resorts World, Genting. Dengan persembahan semua pemain setakat ini, saya amat gembira dan berpuas hati kerana pemain berusaha keras sehingga kita berada di kedudukan kedua liga round robin sekarang,”ujarnya selepas perlawanan.
Saingan peringkat round robin SSPL 2017/18 kini sudah memasuki perlawanan ketujuh dan esok adalah penentu untuk pasukan layak ke peringkat seterusnya. Enam daripada lapan pasukan terbaik akan beraksi di peringkat akhir bertempat di Resorts World Genting pada 8-11 Februari ini.
Keputusan SS Purple Saingan Round Robin (5/1/2018)
4pm) KB Petaling BC kalah kepada KB Cheras 7-11
MS2: Tan Chun Seang seri dengan Chong Yee Han 2-2 (10-11, 11-6, 11-10, 5-11)
WS: Hera Desiana Rachmawati kalahkan Grace Chua Hui Zhen 3-0 (11-5, 11-3, 11-8)
MD: Ian Wong Jien Sern-Man Wei Chong kalah kepada Danny Bawa Chrisnanta-Tan Wee Gieen 0-3 (3-11, 10-11, 6-11)
XD: Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah kalah kepada Payee Lim Peiy Yee-Terry Hee Yong Kai 1-3 (11-8, 9-11, 7-11, 9-11)
MS1: Iskandar Zulkarnain Zainuddin kalah kepada Fikri Ihsandi Hadmadi 1-3 (6-11, 11-10, 10-11, 2-3)