Puchong United BC Unaffected by Liu Ying’s Injury Scare
January 26, 2017SSPL : Ampang Jaya BC Banking On Import Players
February 3, 2017Kuala Lumpur (2 Februari 2017): Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) tidak rela untuk mencicirkan mata lagi apabila bertemu Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) pada perlawanan Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia esok.
Segala-galanya selepas pasukan gergasi itu dipaksa untuk meraih keputusan seri 2-2 ketika bertemu TNB pada perlawanan terakhir liga sekali gus menjejaskan misi mereka untuk mengejar pendahulu liga Terengganu Hockey Team (THT).
KLHC kini menduduki tempat kedua liga di belakang THT apabila meraih 14 mata daripada empat perlawanan, ketinggalan dua mata di belakang seteru utama mereka itu.
Ketua jurulatih KLHC Muhammad Harun Al Rashid Samri berkata, keputusan seri itu sememangnya memberi impak besar kepada anak buahnya.
“Kita terima keputusan itu tetapi secara jujur keputusan ini jelas menjejaskan kami untuk mengekori rapat THT.
“Apapun, kami perlu fokus pada perlawanan seterusnya bertemu SSTMI,” katanya.
Jelas Muhammad Harun, meskipun SSTMI baru dinaik ke Liga Premier, beliau tidak mahu anak buahnya memandang rendah kekuatan lawan mereka itu.
“SSTMI ini samalah seperti TNB atau TNB Thunderbolts. Mereka sering memberikan masalah kepada kami.
“Pasukan seperti ini mempunyai corak permainan yang agak lincah, laju serta skil yang tinggi.
“Kita harus berwaspada dengan SSTMI walaupun mereka baru musim pertama di Liga Premier,” katanya.
Antara perlawanan tumpuan lain adalah membabitkan THT melayan kunjungan TNB di Stadium Hoki Batu Buruk, Terengganu.
Liga Premier
Esok (3 Februari 2017)
THT lwn TNB, 5 ptg
(Std Hoki Batu Buruk)
Maybank lwn UniKL, 6 ptg
(Std Hoki Bukit Serindit)
UiTM-KPT lwn TNB Thunderbolts, 6 ptg
(Std Tun Razak)
KLHC lwn SSTMI, 6 ptg
(Std Hoki Pantai)