Aksi bertenaga TNB, TNB Thunderbolts
January 25, 2017Puchong United BC Unaffected by Liu Ying’s Injury Scare
January 26, 2017KUALA LUMPUR (26 JANUARI, 2017): Pasukan Kelab Badminton (KB) Puchong United tidak berasa gusar biarpun berkemungkinan besar terpaksa beraksi tanpa pemain bintangnya, Goh Liu Ying dalam aksi kalah mati SS Purple League (SSPL) selepas ini.
Goh Liu Ying kini dalam proses pemulihan selepas kecederaan lututnya kembali berulang dan pemain yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
Pengurus KB Puchong United, Irina Inozemtseva mengakui memerlukan khidmat pemain itu tetapi ujarnya apa yang lebih penting adalah pemain itu pulih seperti biasa.
Dia berkata, “Goh Liu Ying sedang dalam proses pemulihan selepas suntikan dan mungkin perlukan masa untuk pulih. Kami tidak mahu tergesa-gesa sebaliknya sentiasa berhubung dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk mengetahui perkembangan semasa dan mahu memastikan dia benar-benar pulih.
“Apa yang penting ketika ini adalah kecederaannya pulih sepenuhnya dan boleh terus menyumbang sesuatu kepada negara dalam kejohanan besar,” ujar pengurus dari Rusia itu.
Irina menambah, “Walalupun ketiadaan Goh Liu Ying akan memberi kesan kepada KB Puchong United namun kita sudah ada perancangan dengan mendapatkan pemain-pemain yang baru ketika jendela perpindahan baru-baru ini kerana kita tidak mahu dia mengambil risiko atas kecederaanya.
“Kita telah memasukkan lima pemain baru pada jendela perpindahan beberapa hari lalu. Kami membawa masuk pemain seperti Hui Xirui dari China dan Christinna Pederson dari Denmark yang pernah beraksi dengan kami musim lalu. Kami tambah pemain berdasarkan kekuatan lawan yang bakal kami temui nanti,” ujar Irina ketika dihubungi.
Mengulas mengenai pasukannya yang bakal berdepan KB Ampang Jaya di peringkat kalah mati nanti untuk merebut slot ke separuh akhir SSPL, pengurus itu tidak menganggap ia sesuatu yang mudah buat pasukannya.
Irina berkata, “Menentang KB Ampang Jaya bagi saya tidak ada istilah mudah dalam peringkat kalah mati, kerana semua pasukan pastinya mahukan kemenangan. Tekanan dalam gelanggang pastinya dirasai walaupun kita ada beberapa pemain ternama, apapun siapa yang dapat atasi tekanan, dia akan layak ke final,” kata pengurus pasukan KB Puchong United itu.
Enam pasukan di kedudukan teratas liga bakal beraksi dalam peringkat kalah mati yang berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Resorts World Genting bagi mencari juara SSPL musim ini. Pasukan bawahan liga pula akan berentap menentukan kedudukan ketujuh hingga sepuluh.