
THT survive Maybank scare to triumph
January 10, 2017
KLHC aim to be back at full throttle
January 11, 2017
Kuala Lumpur (11 Januari 2017) – Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) bertekad untuk mempertahankan gelaran Piala Sumbangsih apabila bertemu Terengganu Hockey Team (THT) pada aksi pembuka tirai Liga Premier, Jumaat ini.
Penolong jurulatih, Mohd Harfizi Baharom berkata, dia tidak mahu barisan pemainnya mensia-siakan peluang itu sebagai menebus kehampaan terkandas di separuh akhir Piala Tan Sri P Alagendra di tangan THT yang kemudian dinobat sebagai juara dengan menewaskan Maybank pada aksi final semalam.
Namun ia pasti bukan tugas mudah kerana KLHC bakal berdepan penyokong setia THT apabila perlawanan itu bakal berlangsung di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu.
“Sudah pasti misi kali ini adalah untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut.
“Tahun lalu kami juga berdepan THT di gelanggang lawan. Harap perkara sama akan berulang pada Jumaat,” katanya.
Jelas Mohd Harfizi, kecuali Rashid Baharom, kesemua barisan pemainnya sudah bersedia untuk memenuhi misi itu.
“Rashid mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu THT pada saingan separuh akhir Piala Tan Sri P Alagendra,” katanya pada sidang media hari ini.
Sementara itu pemain berpengalaman THT, Jiwa Mohan berkata, kejayaan menjulang Piala Tan Sri P Alagendra meningkatkan lagi semangatnya serta rakan sepasukan lain untuk memburu kejuaraan lain termasuk Piala Sumbangsih.
“Memang kami berharap dapat meraih semua empat piala yang dipertandingkan pada tahun ini.
“Tapi kami perlu melalui satu persatu perlawanan terlebih dulu. Kini kami sudah memenangi satu piala dan harap dapat meraih satu lagi apabila bertemu KLHC Jumaat ini.
“Tapi saya yakin ia bukanlah satu tugas yang mudah kerana lawan juga adalah juara bertahan dan antara pasukan pilihan musim ini.
“Ia berlaku pada musim lalu apabila kami tewas kepada KLHC untuk perebutan piala yang sama di halaman sendiri,” katanya.
Liga Premier
13 Januari
THT lwn KLHC, 8.30 mlm
(Std Hoki Batu Burok)
TNB lwn TNB Thunderbolts, 4 ptg
(Std Hoki Pantai)
UiTM KPT lwn Maybank, 6 ptg
(Std Hoki KPM)
UniKL lwn SSTMI, 6 ptg
(Std Hoki Pantai)