BU Dragons BC Returns to Winning Ways
January 3, 2017Petaling BC Left it Late to Beat Bangsar Hawks BC
January 4, 2017KUALA LUMPUR (4 Januari, 2017): Kelab Badminton (KB) Petaling semakin menghampiri pendahulu SS Purple League (SSPL), KB Muar selepas mencatatkan kemenangan ke atas KB Bangsar Hawks dalam perlawanan ketujuh liga di Cheras sebentar tadi.
Kelab bimbingan Yap Kim Hock kini mengumpul 73 mata di tangga kedua dan hanya dipisahkan dengan 5 mata sahaja di belakang pendahulu liga. Turun berdepan KB Bangsar Hawks, dalam pertarungan yang berlangsung sengit tadi, KB Petaling mengatasi kelab itu dengan keputusan 11-8.
KB Petaling terlebih dahulu berada di depan menerusi kategori perseorangan lelaki. Pemain dari Jepun, Kenichi Tago berjaya mengutip mata buat KB Petaling apabila menang ke atas wakil KB Bangsar Hawks, Du Yu Hang 11-7, 11-6, 11-4 (3-0).
Apapun KB Bangsar Hawks bangkit untuk mengutip mata kemenangan dalam perseorangan wanita apabila wakilnya Lee Ying Ying mudah menumpaskan pemain KB Petaling, Lim Yin Fun dengan kiraan 11-4, 11-6, 11-9 (3-0).
Selepas itu dalam kategori beregu lelaki pula menyaksikan penguasaan semula KB Petaling menerusi pasangannya,
Andrei Adistia/ Chen Tang Jie dengan menewaskan gandingan KB Bangsar Hawks, Irfan Fadhilah/ Loh Kean Hean 11-7, 11-10, 9-11, 5-11, 8-6 (3-2) dalam masa 30 minit permainan. Kemenangan itu meletakkan KB Petaling mendahului 6-5.
Gandingan beregu campuran KB Bangsar Hawks, Joyce Choong/ Pei Tian Yi tidak mudah berputus asa dan kembali mengubah kedudukan mata selepas itu. Mereka menewaskan gandingan KB Petaling, Agripinna Prima/ Devi Tika Permatasari dengan keputusan 9-11, 11-9, 4-11, 11-10, 5-4 (3-2).
Apapun, KB Petaling nyata lebih berhak untuk memenangi perlawanan. Dalam kategori perseorangan lelaki terakhir, KB Petaling yang diwakili oleh pemain negara, Iskandar Zulkarnain muncul wira kelabnya selepas menewaskan wakil KB Bangsar Hawks, Thomi Azizan dari Indonesia 11-2, 11-7, 11-3 (3-0).
Yap Kim Hock yang ditemui selepas perlawanan nyata lega walaupun anak buahnya terpaksa berhempas pulas untuk menang. Dia berkata, “Kita mahu menang hari ini. Apapun, Bangsar Hawks memberikan tentangan yang cukup sengit hari ini sehinggakan kemenangan terpaksa ditentukan dalam kategori perseorangan lelaki terkahir.
“Kita belum sampai target untuk layak dan kita perlu berhati-hati bertemu KB Ampang Jaya dan KB Puchong United dalam perlawanan terakhir nanti,” ujar bekas jurulatih kebangsaan itu.
Selepas Cyberjaya, baki saingan peringkat liga round robin SSPL sedang berlangsung di Stadium Badminton Cheras dari 2 hingga 8 Januari. Seterusnya peringkat kalah mati enam pasukan terbaik liga ini akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands. Tiket boleh didapati secara online melalui laman web ticketcharge.com.my dan boleh dibeli terus di venue pertandingan.
Keputusan SSPL 2016/17 (4 Januari 2017)
(4pm) KB Bangsar Hawks kalah kepada KB Petaling 8-11
MS2: Du Yu Hang kalah kepada Kenichi Tago 0-3 (7-11, 6-11, 4-11)
WS: Lee Ying Ying kalahkan Lim Yin Fun 3-0 (11-4, 11-6, 11-9)
MD: Irfan Fadhilah-Loh Kean Hean kalah kepada Andrei Adistia-Chen Tang Jie 2-3 (7-11, 10-11, 11-9, 11-5, 6-8)
XD: Joyce Choong-Pei Tian Yi kalahkan Agripinna Prima Ramanto-Devi Tika Permatasari 3-2 (9-11, 11-9, 4-11, 11-10, 5-4)
MS1: Thomi Azizan Mahbub kalah kepada Iskandar Zulkarnian 0-3 (2-11, 7-11, 3-11)