Business as Usual for Puchong United BC
January 4, 2017SSPL 2016/17: Lee Chong Wei Diturunkan Dalam Beregu Campuran
January 5, 2017KUALA LUMPUR (4 Januari, 2017): Memasuki perlawanan ketujuh liga, Kelab Badminton (KB) Puchong United semakin mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok enam pasukan teratas SS Purple League (SSPL) selepas mengatasi KB Ampang Jaya sebentar tadi di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.
Dalam perlawanan menentan itu, KB Puchong United menang 10-8 sekaligus semakin mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati kejohanan itu.
KB Ampang Jaya terlebih dahulu mencuri mata kemenangan dalam perseorangan lelaki. Mereka yang diwakili Cheam June Wei berjaya mengatasi pemain KB Puchong United, Syed Akhbar dengan keputusan 11-4, 11-3, 8-11, 11-4 (3-1) untuk mendahului perlawanan.
Namun dalam perseorangan wanita, KB Puchong United kembali bangkit menerusi pemainnya, Pan Lu yang menewaskan wakil KB Ampang Jaya, Xu Wei. Pemain itu menang dengan keputusan 11-7, 11-7, 8-11, 11-9 (3-1) sekaligus mengikat pungutan mata perlawanan menjadi 4-4.
Lee Jhe Huei/ Lee Yang terus mengukuhkan kutipan mata buat pasukan KB Puchong United apabila pasangan itu berjaya mengatasi lawan mereka, Lukhi Nugroho/ Muhammad Syawal dengan mudah. Mereka menang dengan catatan 11-10, 11-7, 11-7 (3-0).
Dalam kategori beregu campuran selepas itu kedudukan kembali terikat seri setelah Tan Wei Han/ Terry Hee yang bermain untuk KB Ampang Jaya menumpaskan pasangan KB Puchong United , Yong Kai Lim Khim Wah/ Teoh Mei Xin 11-8, 11-5, 11-6 (3-0) sekaligus menjadikan kedudukan seri 7-7.
Dalam aksi penentuan kategori perseorangan lelaki terakhir, Chong Wei Feng muncul wira apabila mengutip mata kemenangan penting buat pasukannya, KB Puchong United. Dia menang ke atas pemain KB Ampang Jaya dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 11-9, 11-8, 4-11, 8-7 (3-1).
Pengurus KB Puchong United, Irina Inozemtseva bagaimanapun agak kecewa kerana pasukannya gagal memungut mata yang disasarkan dalam perlawanan ini. Katanya, “Sebenarnya dalam perlawanan tadi, saya mensasarkan untuk meraih 11 mata bagi mendapat semula kedudukan pertama liga namun hanya mendapat 10 mata sahaja mungkin kerana pemain memerlukan keserasaian selepas berlaku sedikit rombakan.
“Apapun dalam dua baki perlawanan selepas ini, kita akan merancang strategi dengan lebih baik supaya target mencapai dua kedudukan teratas liga round robin tercapai,” ujar pengurus dari Russia itu.
Dalam satu lagi aksi yang berlangsung pada sebelah petang tadi, KB Petaling terus mengutip kemenangan untuk mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya. Mereka mengatasi KB Bangsar Hawks dengan keputusan 11-8.
Saingan round robin SSPL kini menuju kemuncak dengan baki hanya dua lagi perlawanan dan pasukan yang berada di kedudukan enam teratas akan layak ke peringkat kalah mati selepas ini. Baki perlawanan SSPL sedang dilangsungkan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras manakala peringkat kalah mati akan diadakan di Genting Highlands bermula 9 Februari hingga 12 Februari ini.
Keputusan SSPL 2016/17 (4 Januari 2017)
(8pm) KB Puchong United kalahkan KB Ampang Jaya 10-8
MS2: Syed Akhbar kalah kepada Cheam June Wei 1-3 (4-11, 3-11, 11-8, 4-11)
WS: Pan Lu kalahkan Xu Wei 3-1 (11-7, 11-7, 8-11, 11-9)
MD: Lee Jhe Huei-Lee Yang kalahkan Lukhi Nugroho-Muhammad Syawal 3-0 (11-10, 11-7, 11-7)
XD: Lim Khim Wah-Teoh Mei Xin kalah kepada Tan Wei Han-Terry Hee Yong Kai 0-3 (8-11, 5-11, 6-11)
MS1: Chong Wei Feng kalahkan Lee Cheuk Yiu (11-9, 11-8, 4-11, 8-7)
(4pm) KB Bangsar Hawks kalah kepada KB Petaling 8-11
MS2: Du Yu Hang kalah kepada Kenichi Tago 0-3 (7-11, 6-11, 4-11)
WS: Lee Ying Ying kalahkan Lim Yin Fun 3-0 (11-4, 11-6, 11-9)
MD: Irfan Fadhilah-Loh Kean Hean kalah kepada Andrei Adistia-Chen Tang Jie 2-3 (7-11, 10-11, 11-9, 11-5, 6-8)
XD: Joyce Choong-Pei Tian Yi kalahkan Agripinna Prima Ramanto-Devi Tika Permatasari 3-2 (9-11, 11-9, 4-11, 11-10, 5-4)
MS1: Thomi Azizan Mahbub kalah kepada Iskandar Zulkarnian 0-3 (2-11, 7-11, 3-11)