BU Dragons BC Remains the Team to Beat
December 29, 2016It’s a THT test for Thunderbolts in Alagendra Cup
December 29, 2016KUALA LUMPUR (29 Disember, 2016): Kelab Badminton (KB) Bandar Utama Dragons kekal sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam saingan SS Purple League (SSPL) musim ini.
Perlawanan kelima menentang KB Serdang di Cyberjaya sebentar tadi, anak buah Tan Bin Shen terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam liga apabila menang 9-6 mengatasi lawannya itu.
Dalam kategori perseorangan lelaki, KB Serdang terlebih dahulu menemui mata kemenangan apabila pemainnya Xu Yiming dari China garang menewaskan pemain KB Bandar Utama Dragons, Tam Chun Hei dengan keputusan 11-3, 11-5, 11-2 (3-0).
Selepas itu pemain dari Hong Kong, Yip Pui Yin kembali memberikan mata kemenangan buat pasukan KB Bandar Utama Dragons. Dia yang berhadapan dengan Shen Yabing menumpaskan pemain itu dengan keputusan 11-6, 11-3, 11-5 (3-0).
Pertarungan beregu lelaki selepas itu menyaksikan Chow Pak Chuu/ Mak Hee Chun kembali meletakkan KB Bandar Utama Dragons di hadapan apabila mudah membenam pasangan KB Serdang, Ong Wei Khoon/ Ou Xuanyi. KB Bandar Utama Dragons menang dengan kiraan 11-9, 11-8, 11-1 (3-0).
Lai Pei Jing/ Tan Kian Meng terus mengukuhkan pungutan mata KB Bandar Utama Dragons dalam kategori beregu campuran. Mereka menang 11-7, 11-6, 11-4 (3-0) mengatasi pasangan Lee Chun Hei/ Lim Jee Lynn yang mewakili pasukan KB Serdang.
Pemain remaja nombor dua dunia, Lee Zii Jia berjaya mencuri mata buat pasukannya KB Serdang dalam kategori perseorangan lelaki terakhir selepas itu apabila mengatasi Mek Narongrit dari KB Bandar Utama Dragons dengan keputusan 11-7, 11-9, 11-10 (3-0). Apapun kemenangan Zii Jia tidak mengubah kemenangan mutlak KB Bandar Utama Dragons dalam perlawanan ini.
Bagi Tan Bin Shen, pasukannya kini sudah bersedia untuk ke pusingan kalah mati berdasarkan prestasi semasa pasukan. Dia berkata, “Saya rasa kita berada di landasan yang baik untuk jadi juara peringkat round robin ini, walaupun kita menang tapi sebenarnya beza mata tidaklah begitu ketara. Jadi di peringkat kalah mati nanti saya harap kita dapat kekalkan aksi konsisten, tidak keciciran mata sekaligus ke menjadi juara SSPL.
“Memandangkan format SSPL di mana pasukan yang mengumpulkan mata kemenangan terbanyak, pasukan itu berada di atas jadi saya harap pasukan akan dapat mengumpul lebih banyak mata dalam baki empat perlawanan liga,” tambah Tan Bin Shen selepas tamat perlawanan.
Pasukan KB Bandar Utama Dragons kini sedang berada di kedudukan keempat peringkat round robin. Pasukan di kedudukan enam terbaik akan bersaing dalam peringkat kalah mati yang bakal berlangsung di Genting Highlands bulan Februari nanti.
Keputusan SSPL2016/17 (29 Disember 2016)
(4pm) KB BU Dragons kalahkan KB Serdang 9-6
MS2: Tam Chun Hei kalah kepada Xu Yiming 0-3 (3-11, 5-11, 2-11)
WS: Yip Pui Yin kalahkan Shen Yabing 3-0 (11-6, 11-3, 11-5)
MD: Chow Pak Chuu-Mak Hee Chun kalahkan Ong Wei Khoon-Ou Xuanyi 3-0 (11-9, 11-8, 11-1)
XD: Lai Pei Jing-Tan Kian Meng kalahkan Lee Chun Hei-Lim Jee Lynn 3-0 (11-7, 11-6, 11-5)
MS1: Mek Narongrit kalah kepada Lee Zii Jia 0-3 (7-11, 9-11, 10-11)
Keputusan SSPL2016/17 Semalam (28 Disember 2016)
(8pm) KB Klang City kalah kepada KB Petaling 3-15
MS2: Muhd Umar Al-Qhatab kalah kepada Kenichi Tago 0-3 (8-11, 7-11, 2-11)
WS: Thinaah Muralitharan kalah kepada Hera Desiana Rachmawati 0-3 (9-11, 4-11, 7-11)
MD: Ong Jian Guo-Tan Swee Seng kalah kepada Chen Tang Jie-Man Wei Chong 1-3 (7-11, 11-9, 4-11, 6-11)
XD: Muhammad Sufiyuddin-Tan Sueh Jeou kalah kepada Agripinna Prima Ramanto-Devi Tika Permatasari 1-3 (11-7, 7-11, 8-11, 2-11)
MS1: Leong Jun Hao kalah kepada Liew Daren 1-3 (5-11, 6-11, 11-9, 7-8)