New Faces Spurred Kepong BC On
December 27, 2016Puchong United Ends Petaling Jaya’s Unbeaten Record
December 28, 2016KUALA LUMPUR (27 Disember, 2016): Selepas prestasi kurang konsisten dengan hanya satu kemenangan dan dua kekalahan sebelum ini, Kelab Badminton (KB) Kepong kini kembali ke landasan untuk memburu kedudukan enam terbaik liga sekaligus layak ke peringkat kalah mati SS Purple League (SSPL) musim ini.
Mereka yang begitu memerlukan kemenangan berjaya menang ke atas KB Petaling dengan keputusan 13-5 sebentar tadi.
Dalam kategori perseorangan lelaki pertama, pemain negara yang mewakili KB Petaling, Liew Daren sekadar berkongsi mata dengan lawannya dari KB Kepong, Lim Chi Wing. Mereka terikat dengan keputusan 11-8, 4-11, 11-10, 3-4 (2-2) dalam 30 minit.
Selepas itu dalam kategori perseorangan wanita pula, KB Kepong berjaya mengutip mata kemenangan apabila pemain import mereka, Ongbamrungphan Busanan menang mudah 11-8, 11-8, 11-4 (3-0) mengatasi wakil KB Petaling, Hera Desiana Rachmawati.
Gandingan Rasmussen Anders/ Tan Chee Tean dalam kategori beregu lelaki terus menghadiahkan mata kemenangan kepada pasukan KB Kepong. Mereka berjaya menumpaskan pasangan KB Petaling, Andrei Adistia/ Goh V Shem dengan keputusan 10-11, 11-9, 11-9, 6-5 (3-1).
Persaingan sengit dalam beregu campuran menyaksikan kedudukan sekali lagi berakhir dengan keputusan seri. Agripinna Prima/ Devi Tika Permatasari dari KB Petaling terikat 2-2 dengan keputusan 11-6, 7-11, 11-8, 7-8 menentang Chayanit Chaladchalam/ Mohd Razif Latif dari KB Kepong.
Dalam kategori perseorangan lelaki terakhir, Thongnuam Phanawit terus memberikan kemenangan mutlak buat KB Kepong apabila pemain itu tidak bermasalah menumpaskan pemain KB Petaling, Iskandar Zulkarnain dengan keputusan 11-10, 11-8, 11-6 (3-0).
Menurut jurulatih KB Kepong, Zakry Abdul Latif, kemenangan ini adalah tiba tepat pada masanya ketika pasukan memerlukan kemenangan penting. Dia berkata,“Kemenangan penting yang begitu baik untuk pasukan KB Kepong kerana sebelum ini kami masih tercari-cari rentak permainan.
“Kali ini kita turun dengan skuad penuh dengan ketibaan beberapa pemain import yang tidak beraksi sebelum ini, jadi ia satu kejutan mengalahkan KB Petaling yang bukan calang-calang pasukan,” kata Zakry Latif.
Zakry turut memuji prestasi pemainnya yang baru bermain kali pertama dalam perlawanan hari ini. Ujarnya, “Saya tidak menolak ketibaan pemain iaitu Busanan, Chayanit, dan Rasmussen memberi impak besar kepada pasukan hari ini. Saya harap semua pemain akan kekalkan momentum dan lebih bersemangat serta peka selepas ini dalam memburu ranking terbaik liga untuk layak ke saingan kalah mati,” ujar bekas pemain beregu kebangsaan itu.
KB Kepong dan KB Petaling masing-masing telah melalui empat perlawanan setakat ini dan baki sebanyak lima lagi perlawanan akan menentukan enam pasukan teratas yang bakal layak beraksi dalam perlawanan kalah mati pada Februari nanti di Genting Highlands.
Keputusan Penuh (27 Disember 2016)
(4pm) KB Petaling kalah kepada KB Kepong
MS2: Liew Daren seri dengan Lim Chi Wing 2-2 (11-8, 4-11, 11-10, 3-4)
WS: Hera Desiana Rachmawati kalah kepada Ongbamrungphan Busanan 0-3 (8-11, 8-11, 4-11)
MD: Andrei Adistia-Goh V Shem kalah kepada Rasmussen Anders-Tan Chee Tean 1-3 (11-10, 9-11, 9-11, 5-6)
XD: Agripinna Prima Ramanto-Devi Tika Permatasari seri dengan Chayanit Chaladchalam-Mohd Razif Ab Latif 2-2 (11-6, 7-11, 11-8, 7-8)
MS1: Iskandar Zulkarnain vs Thongnuam Pannawit 0-3 (10-11, 8-11, 11-6)