Tonggak Panthers, Turtles pilihan utama MVP
December 10, 2016Guardians’ book semis spot
December 10, 2016Serdang (10 Disember, 2016): Kelantan Warriors kekal sebagai pasukan Divisyen Perdana Liga Sepak Takraw (STL) musim depan apabila mengejutkan bekas pendahulu carta mata, Terengganu Turtles 21-13, 21-15 di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor hari ini.
Tekong Mohd. Hisyam Mat, perejam Yuslie Jusoh dan pengumpan Aidil Aiman Azwawi menjadi penyelamat maruah Warriors dengan kemenangan dalam tempoh 46 minit itu terhadap Zulkifli Razak/Irsyad Faiz Aziz, Kamal Alfiza Shafie/Fadzli Roslan dan Azwan Muhrim.
Dua mata liga ini meletakkan Warriors di tempat keenam sekali gus menyingkirkan Kedah Eagles ke Divisyen Satu 2017 sebagai penghuni tempat ketujuh Divisyen Perdana 2016, mengiringi pasukan corot, Melaka Titans yang disahkan semalam.
Turut mempengaruhi penurunan ‘pangkat’ Eagles itu ialah kekalahan regunya, Asrah Adenan/Nazirul Akram Razali, Shahrol Nizam Romli dan Zuleffendi Sumari kepada ATM Guardians (Nazmi Najib/Hasman Che Hamid, Khairudin Adenan/Afifuddin Razali dan Norfaizzul Razak) 21-15, 16-21, 17-21 selepas 71 minit.
Yang sah ke separuh akhir divisyen ini ialah peneraju carta mata, Penang Panthers yang akan berentap dengan ATM di tangga keempat dan Turtles di posisi kedua menghadapi Kuala Lumpur Thunder yang di tangga ketiga, Sabtu depan.
Sementara itu saingan ke separuh akhir Divisyen Satu terus terbuka dan memerlukan aksi liga hari akhir hari ini untuk memastikan siapa pemilik slot itu sekalipun sebelah tangan Selangor seperti sudah menggapainya.
Pendahulu semalam – Perak The Bos Gaurus, Negeri Sembilan The Jangs, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) A kini terikat 16 mata namun segala p
Kali ini Selangor kembali memimpin divisyen biarpun berhempas pulas selama 67 minit untuk menjinakkan Pahang 20-22, 21-19, 21-17 lantas mengumpul 18 mata dengan kemenangan kesembilan itu.
Menggilirkan dua tekong berpengalaman antarabangsa, Noor Azman Hamid dan Ahmad Sufi Hashim selain diapit Najib Rahman dan Muqlis Borhan, mereka turut beruntung kerana ‘bantuan’ Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) A dan Putrajaya.
Regu kebangsaan itu (Idham Sulaiman, Ridaudin Ghani dan Safarudin Abu Bakar) menumpaskan penghuni posisi kedua semalam, PDRM (Normanizam Ahmad/Izzat Zainal Abidin, Shaifullah Nor dan Nazri Hafiz Najib 21-14, 21-18.
Putrajaya (Nasiruddin Manjur Ahmad, Muslim Mohammad dan Faizul Hairy Osman) pula mencipta kejutan apabila cuma memerlukan 38 minit untuk menumbangkan mudah pasukan pilihan, Negeri Sembilan The Jangs 21-9, 21-11.
Perak, Jangs, PDRM dan PSM A kini terikat 16 mata namun Putrajaya masih cuba mengintai ke peringkat kalah singkir menerusi aksi terakhir mereka menentang Bos Gaurus selain ‘pertembungan bersaudara’, PSM A-PSM B.
KEPUTUSAN:
SABTU (10 Disember 2016):
Ekspres Perdana Sepak Takraw League (STL):
ATM Guardians kalahkan Kedah Eagles 2-1 (15-21, 21-16, 21-17)
Kelantan Warriors kalahkan Terengganu Turtles 2-0 (21-13, 21-15)
JADUAL:
Liga Ekspres Perdana Sepak Takraw(STL):
Ahad (11 Disember 2016): Melaka Titans lwn Kuala Lumpur Thunder (4pm), Johor Tigris lwn Penang Black Panthers (5.30pm).
* Stadium MPSJ Serdang Jaya, Selangor